Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

New Life Stories lancar ruang masyarakat sempena ulang tahun ke-10; pergiat usaha sokong banduan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Dec 2024 09:04PM Dikemas Kini : 27 Dec 2024 09:11PM
SINGAPURA: Pertubuhan bukan mencari untung New Life Stories berjaya mengawal kadar kebentanan klien mereka kepada hanya sembilan peratus.

Iaitu jauh lebih rendah berbanding purata nasional setinggi 22 peratus.

Dengan sebuah ruang masyarakat baharu di Kallang Bahru, badan tersebut ingin mempergiat usaha menyokong ibu bapa yang dipenjara serta anak-anak mereka.

Matlamatnya, memutuskan kitaran generasi yang meringkuk dalam penjara.

Dengan lebih 650 keluarga di bawah jagaan mereka, New Life Stories meraikan ulang tahun yang ke-10 dengan ruang masyarakat mereka yang pertama.

Dengan kemudahan tersebut, lebih banyak keluarga dapat dibantu - menerusi bilik-bilik terapi dan sokongan rakan sebaya serta pembelajaran secara langsung.

Mengulas lanjut mengenai kemudahan itu, Ketua Pegwai Eksekutif New Life Stories, Saleemah Ismail berkata: "Dengan tempat yang baharu dan besar ini, kami harap akan dapat membantu menyokong lebih banyak lagi keluarga dan anak-anak mereka. Malah kami sudah mula membantu mereka, menyokong mereka dengan khidmat-khidmat kami.

"(Seperti) sokongan rakan sebaya bagi kaum ibu, bagi kaum bapa dan juga sokongan rakan sebaya bagi para pengasuh, iaitu nenek-nenek. Dan kami sudah lihat, apabila kami membantu sebuah keluarga itu, bukan satu orang sahaja, kami menyokong semua orang dalam keluarga itu," tambahnya.

Presiden Tharman Shanmugaratnam beserta isteri, Cik Jane Ittogi, hadir di acara pembukaan ruang itu pada Jumaat (27 Dis).

Mereka turut memberi sentuhan akhir kepada logo terbaharu badan tersebut.

Di acara itu juga, sebuah program baharu turut dilancarkan.

"Mama Bae ialah program untuk menolong ibu-ibu yang baru melahirkan anak dalam penjara, dengan bantuan mentor dalam masyarakat kita," jelas Ketua Psikoterapi New Life Stories Shah Noentil.

Beliau menambah: "Jadi masyarakat kita punya ibu-ibu yang dari luar atau yang dahulu pernah ada pengalaman dalam penjara, akan datang secara sukarela untuk menyokong ibu-ibu dalam penjara."

Senaskhah buku berjudul 'Love Beyond the Walls: Till the End of Time' turut dilancarkan,menampilkan 10 cerita unik yang ditulis oleh para banduan dalam penjara.

Kisah-kisahnya menyampaikan kata-kata yang tidak terungkap, yang ingin dikongsi bersama anak-anak mereka.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan