Netizen terpukau dengan kecantikan isteri PM Lawrence Wong, kelihatan seperti 'bintang Korea'
Anggaran Waktu Membaca:

Isteri PM Lawrence Wong, Cik Loo Tze Lui, di Upacara Angkat Sumpah pada 15 Mei 2024.
SINGAPURA: Semua perhatian tertumpu kepada Perdana Menteri Lawrence Wong, 51 tahun, semasa beliau secara rasmi mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Encik Lee Hsien Loong pada Rabu (15 Mei).
Namun isterinya, Cik Loo Tze Lui, turut menarik perhatian ramai.
Mahligai yang dibina dengan Cik Loo adalah perkahwinan kedua PM Wong. Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata dan Cik Loo diketahui tidak suka menonjolkan diri dan bahkan jarang tampil dalam sebarang catatan media sosial PM Wong.
Cik Loo dahulu bertugas sebagai seorang pengurus bank. Beliau juga anggota lembaga pengarah Persatuan Pemuda Kristian (YMCA) sehingga 2023. Menurut laporan-laporan, Cik Loo saat ini bertugas dalam bidang pengurusan kekayaan.
Pada September lalu, Cik Loo dilihat menemani PM Wong di upacara pelantikan Presiden Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Kehadiran beliau segera menjadi perbualan ramai di media sosial, dengan ramai netizen memuji keanggunan dan kecantikannya.
Ada yang menyifatkan Cik Loo sebagai "isteri Perdana Menteri Singapura yang paling cantik" sementara ada juga yang mengatakan bahawa pesona beliau ibarat seorang "bintang Korea".
Cik Loo sekali lagi memukau ramai dengan gaya dan kecantikannya di upacara angkat sumpah suaminya pada Rabu (15 Mei).
Beliau mengenakan gaun hitam dan rantai, hampir sama dengan pakaian klasik yang dipakainya semasa majlis pelantikan Presiden Tharman.
"Boleh tidak seseorang memetikkan gambar isteri Lawrence Wong, saya di luar sekarang," minta seorang netizen.
Nampaknya Cik Loo benar-benar tidak mengecewakan ramai pada Rabu (15 Mei). Lihat sahaja antara komen-komen berikut:

Sumber : Today/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.