Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Netizen terkejut siswa NTU bayar sewa S$950 bagi bilik asrama kendalian swasta di kampus

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pelajar siswazah di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menggemparkan pengguna media sosial selepas dia mendedahkan kadar sewa yang dibayarnya untuk sebuah bilik di kampus: S$950!

Dalam satu video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok bernama "A Ze", seorang siswa dilihat berjalan di kampus utama NTU dekat kawasan Jurong West Extension sebelum pengguna TikTok terbabit menghampirinya untuk bertanya mengenai kadar sewa di Singapura.
Siswa itu membawa A Ze untuk melihat "asramanya", dan menunjukkan bilik yang dikongsi bersama seorang penuntut lain yang dipilih secara rambang. Ia lengkap dengan dua meja belajar kecil, almari pakaianyang dikongsi dan bilik mandi.

Dia juga membawa A Ze melihat sebuah ruang pantri yang dikongsi penghuni asrama itu, lengkap dengan ketuhar halal dan tidak halal serta periuk bagi kegunaan semua.

Sedang mereka berjalan di sekitar bangunan tersebut, beberapa rak pakaian dilihat dipasang di sekitar ruang terbuka.

Bingung, A Ze pun bertanya: "Anda keringkan pakaian - mengapa ia tergantung di koridor?"

Siswa tersebut menjelaskan khidmat dobi di situ "terlalu mahal"; S$4 setiap kali menggunaan mesin pakaian atau pengering.

"Semua orang ingin jimatkan wang, jadi ... ini caranya kita huraikan (masalah)."

Video tersebut, yang dimuat naik pada 14 Nov tahun lalu, telah ditonton lebih 1.1 juta dan menarik lebih 2,500 komen. Ramai yang menyuarakan rasa terkejut dengan harga sewa yang tinggi itu.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial mengenal pasti tempat itu sebagai asrama privet yang baru dibina Maple Residences, yang dapat disahkan Mediacorp selepas memeriksa laman webnya. Ia juga disenaraikan di laman NTU sebagai pilihan perumahan alternatif.

Di laman Maple Residences, kemudahan itu digambarkan sebagai "asrama butik komersil yang eksklusif untuk pelajar possiswazah NTU dan bukan di bawah pengurusan NTU".

Setakat Rabu (17 Jan), kadar sewa bulanannya disenaraikan sebanyak S$918 bagi bilik dua katil dan S$1,350 bagi bilik sendiri.

Laman tersebut juga menyatakan bahawa harga itu tertakluk kepada semakan tahunan dan penyesuaian akan dibuat dengan dinaikkan 3 peratus.

Sebagai perbandingan, perumahan mahasiswa NTU bagi tahun akademik 2023-2024 - terdiri daripada 15 asrama lama dan lapan asrama baharu - ditawarkan pada harga antara S$319 untuk bilik dua katil tidak berhawa dingin dengan bilik mandi berkongsi hingga S$685 untuk bilik satu katil berhawa dingin dengan bilik mandi di dalam kamar.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan