Netizen guna program AI hasil gambar realistik 'pertandingan makan daun ketumbar di Singapura'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Today)
SINGAPURA: Kecerdasan Buatan (AI) telah menjadi topik yang hangat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan muncul di mana-mana.
Bahkan, ia dapat memukau semua orang dengan kemampuan yang mungkin pada zaman dulu hanya ada dalam fiksi ilmiah.
Salah satu program ialah Midjourney, yang diasaskan di San Francisco. Ia mampu menghasilkan gambar orang yang tidak benar namun kelihatan sangat realistik.

PERTANDINGAN TAHUNAN MAKAN DAUN KETUMBAR DI SINGAPURA
Pada 20 April, seorang netizen Singapura, Cygig, memuat naik di akaun Facebook Midjourney, beberapa keping gambar AI yang dihasilkannya.
Gambar-gambar tersebut menunjukkan "pertandingan makan daun ketumbar di Singapura".
Menurut Cygig, yang menggambarkan dirinya sebagai seorang pereka grafik bebas di laman webnya, gambar-gambar tersebut dihasilkan menggunakan Midjourney. Mutu gambar tersebut kemudian diperbaiki lagi menggunakan sofwe dipanggil Upscayl.

Cara Midjourney berfungsi adalah dengan alat berkuasa AI mengikut teks yang dijana pengguna (seperti 'pertandingan makan daun ketumbar di Singapura) dan menggunakan algoritma untuk mencari data gambar dari internet yang akan digunakan untuk menghasilan gambar-gambar baru.
Kritikan awal terhadap gambar-gambar dihasilkan AI termasuk program tersebut tidak dapat menghasilkan jari manusia dengan sempurna.
Namun, gambar yang dihasilkan Cygig turut menampilkan peserta berbilang kaum.
Apa yang mungkin mencetuskan tanda tanya ialah latar belakang pertandingan itu yang terdapat dalam gambar tersebut. Ia seakan-akan bertempat di Pulau Pinang atau sebuah pekan di Eropah.
Namun, jika anda tidak pernah dengar atau melihat imej dihasilakn AI, anda mungkin menganggap gambar ini memaparkan satu pertandingan sebenar.
Lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini dan nilai sendiri sama ada ia benar-benar berlaku di sini!

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.