Skip to main content

Singapura

Negara-negara pulau di Lautan Pasifik harus bekerjasama dalam dunia tidak menentu: MFA

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 May 2024 09:00PM Dikemas Kini : 20 May 2024 09:04PM
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menggesa negara-negara pulau di Lautan Pasifik untuk memeterai sebuah perjanjian antarabangsa baharu di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut.

Perjanjian tersebut meliputi pemuliharaan dan kemampanan biodiversiti marin.

Ini termasuk beberapa bidang seperti akses kepada sumber genetik marin dan pemindahan teknologi.

"Saya percaya perjanjian ini adalah penting buat kita semua, negara-negara pulau kecil yang membangun yang bergantung kepada lautan dan biodiversiti marin dalam laut bagi mata pencarian kita, sekarang dan pada masa hadapan. Tetapi perjanjian ini perlu dikuatkuasakan sepenuhnya secepat mungkin," kata Dr Balakrishnan.

Dr Balakrishnan berucap sempena acara Lawatan Peringkat Tinggi Singapura-Pasifik yang ketiga.

Beliau menambah, amat penting bagi negara-negara pulau kecil untuk bekerjasama, terutama sekali dalam beberapa bidang kepentingan bersama seperti perubahan iklim, pembangunan mampan dan perancangan bandar.

Lawatan tersebut merupakan platform bagi Singapura dan para menteri Pasifik untuk memperkukuh ikatan serta bertukar pandangan.

Sepanjang tempoh dua hari, para wakil dari 11 negara-negara pulau akan bertemu dengan para pemimpin Singapura.

"Apa yang saya ingin capai adalah untuk mengutarakan dari sudut persekitaran, dan perubahan iklim serta jenayah siber, terutamanya kami mula merangka rang undang-undang jenayah siber. Dengan bantuan Singapura, kami akan dapat kemukakan serta menghasilkan rang undang-undang jenayah siber untuk Kepulauan Solomon," kata Menteri Luar Negara dan Perdagangan Luar Kepulauan Solomon, Peter Shanel Agavoka
Sumber : CNA/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita