Skip to main content

Singapura

Negara-negara perlu kerjasama demi kekalkan, lindungi prasarana bawah air yang kritikal: Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:
Negara-negara perlu kerjasama demi kekalkan, lindungi prasarana bawah air yang kritikal: Chan Chun Sing

Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan Chan Chun Sing. (Gambar: CNA/Ili Mansor)

Diterbitkan : 30 May 2026 05:53PM Dikemas Kini : 30 May 2026 05:57PM
  • Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing melancarkan rangka kerja GUIDE untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam melindungi prasarana bawah laut kritikal.
  • Seramai 17 negara, termasuk Malaysia dan Australia, menyokong inisiatif ini yang menekankan perkongsian maklumat dan penyelarasan semasa krisis.
  • Menteri-menteri pertahanan ASEAN turut menegaskan kepentingan undang-undang antarabangsa, kebebasan pelayaran serta perpaduan serantau.
  • Perbincangan juga meliputi pelaburan pertahanan jangka panjang dan keperluan membina kepercayaan bagi mengelak ketegangan di rantau ini.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Negara-negara perlu bekerjasama untuk membina dan melindungi prasarana bawah laut kritikal seperti kabel dasar laut dan saluran paip tenaga, kata Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Sabtu (30 Mei).

Berucap di luar dialog Shangri-La, Encik Chan melancarkan Guiding Principles for Underwater Infrastructure Defence Exchanges (GUIDE), satu rangka kerja baharu bagi kerjasama antarabangsa dalam keselamatan prasarana bawah laut.

17 NEGARA SERTAI RANGKA KERJA GUIDE

Sebanyak 17 negara dari Eropah, Timur Tengah, Oceania dan Asia Tenggara menyokong rangka kerja itu, termasuk Singapura, Malaysia, Australia, Britain dan Perancis.

Rangka kerja sukarela itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam melindungi kabel telekomunikasi dasar laut dan prasarana tenaga melalui perkongsian maklumat, pertukaran pakar dan penyelarasan ketika krisis.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), GUIDE mencerminkan bagaimana negara-negara boleh bekerjasama merentasi rantau untuk menangani cabaran keselamatan bersama.

Encik Chan memberi amaran bahawa serangan atau gangguan terhadap satu bahagian rangkaian boleh memberi kesan kepada sistem global secara keseluruhan, terutama apabila lebih 95 peratus trafik internet dan data dunia bergantung kepada kabel dasar laut.

MENTERI PERTAHANAN ASEAN TEGASKAN KERJASAMA SERANTAU

Awal dari itu pada Sabtu, Encik Chan dan Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro Jr menjadi tuan rumah bersama bagi jamuan menteri-menteri pertahanan ASEAN.

Menteri-menteri terlibat menegaskan semula sokongan terhadap undang-undang antarabangsa, kebebasan pelayaran serta memastikan laluan udara dan perairan serantau kekal terbuka, termasuk Selat Melaka dan Singapura.

Mereka turut menekankan kepentingan perpaduan ASEAN, kestabilan serantau serta kerjasama dalam latihan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana.

PERBELANJAAN PERTAHANAN & KEYAKINAN TURUT DIBINCANG

Encik Chan kemudian menjadi tuan rumah kepada satu rundingan meja bulat menteri-menteri, di mana para pemimpin membincangkan pelaburan pertahanan jangka panjang, keupayaan industri dan perubahan teknologi dalam peperangan.

Beliau berkata negara-negara juga perlu membina kepercayaan seiring peningkatan perbelanjaan pertahanan supaya ia tidak menimbulkan rasa tidak selamat yang lebih besar di rantau ini.

Encik Chan dijadual mengambil bahagian dalam satu lagi sesi pleno pada Ahad yang akan memberi tumpuan kepada kerjasama keselamatan dalam landskap global yang semakin berubah.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita