Negara-negara mesti hidupkan semula semangat kerjasama atasi perubahan iklim: Grace Fu
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata kerjasama antara negara-negara amat penting dalam menangani isu-isu sekitaran.
Mentelah lagi, di tengah-tengah ketegangan meruncing disebabkan perang di Ukraine serta cabaran daripada COVID-19.
Cik Fu berkata demikian di Dialog Singapura Kesembilan mengenai Kemampanan Sumber Dunia.
Menurut Cik Fu, pertama sekali negara-negara perlu mencari cara-cara untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi.
Misalnya, Singapura sudah melabur dalam bidang-bidang seperti daya tenaga boleh diperbaharui dan penghasilan makanan.
Kedua, tambah beliau, negara-negara perlu bekerjasama lebih baik demi memastikan keadaan iklim lebih memuaskan.
Cik Fu menekankan negara-negara juga perlu komited kepada sasaran perubahan iklim jika tidak mahu menjejas kerjasama disebabkan kurang kepercayaan.
"Negara-negara perlu menghidupkan semula semangat kerjasama untuk mengurangkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah Selsius dan mencegah cabaran yang tidak perlu. Bagi memupuk kerjasama, ia memerlukan tiga perkara - Berdepan dengan hambatan, Kerjasama dan Komitmen," tegasnya.
Sekitar 300 rakan kongsi daripada sektor seperti kewangan dan perniagaan pertanian juga hadir di acara berkenaan.
Mereka membincangkan huraian bagi ASEAN yang lebih mampan seperti menggalak ketelusan dalam pasaran karbon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.