Skip to main content

Singapura

Negara-negara harus kerjasama perkukuh daya tahan tenaga di tengah perang Timur Tengah: PM Wong

Negara-negara harus bekerjasama untuk mengukuhkan daya bingkas tenaga sedang gangguan dari perang Timur Tengah dan penutupan Selat Hormuz mengancam rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Negara-negara harus kerjasama perkukuh daya tahan tenaga di tengah perang Timur Tengah: PM Wong

Perdana Menteri Lawrence Wong berucap di sidang puncak online Komuniti Sifar Pelepasan Asia Plus pada 15 Apr 2026. (Gambar: MDDI)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 15 Apr 2026 08:50PM Dikemas Kini : 15 Apr 2026 08:51PM
SINGAPURA: Negara-negara harus bekerjasama untuk mengukuhkan daya bingkas tenaga sedang gangguan dari perang Timur Tengah dan penutupan Selat Hormuz mengancam rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu (15 Apr).

Berucap di sidang puncak online Masyarakat Sifar Pelepasan Asia (AZEC) Plus, yang dipengerusikan oleh Jepun, Encik Wong menarik perhatian bahawa Asia "terutama sekali terdedah" kepada kejutan tenaga disebabkan oleh kebergantungan tinggi pada tenaga import.

Singapura akan memainkan peranannya untuk mengukuhkan daya tahan, katanya.

"Sebagai sebuah negara perdagangan, kami akan memudahkan aliran berterusan barangan keperluan melalui Singapura, dengan memastikan pelabuhan dan rangkaian perdagangan kami terbuka, sama seperti semasa pandemik COVID-19," kata Encik Wong.

Negara ini juga akan terus menegakkan hak dan kebebasan pelayaran di bawah undang-undang antarabangsa bagi memastikan aliran perdagangan global melalui laluan laut utama.

"Sebagai sebuah hab perdagangan minyak dan eksport penapisan, kami akan melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk mendapatkan bahan mentah huluan alternatif, supaya industri kami dapat terus membekalkan produk bahan api bertapis ke pasaran di seluruh dunia," kata Encik Wong.

Namun, tiada negara yang dapat menjamin bekalan tenaganya sendirian, kata Encik Wong, sambil menarik perhatian terhadap peri penting kerjasama antara rakan-rakan kongsi serantau.

"Daya ketahanan harus dibina secara bersama," kata Encik Wong, sambil menambah Singapura menghargai sokongan dari rakan-rakan kongsi seperti Jepun, Australia dan negara-negara anggota ASEAN.

SOKONGAN JEPUN SEBANYAK AS$10 BILION

Para pemimpin dari Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam merupakan dalam kalangan negara-negara yang menghadiri mesyuarat itu, di mana Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi melancarkan pakej bantuan AS$10 bilion (S$12.7 bilion) untuk membantu negara-negara Asia mendapatkan sumber tenaga dan memperkukuh simpanan mereka.

Sokongan itu yang bertujuan menghalang kesan ke atas rantaian bekalan Jepun akan disalurkan terutamanya melalui institusi kewangan yang disokong pemerintah seperti Bank Jepun bagi Perkongsian Antarabangsa dan dan Nippon Ekport and Investment Insurance.

Mengumumkan rancangan itu, Cik Takaichi berkata sokongan itu bersamaan dengan sebanyak 1.2 bilion tong minyak, atau kira-kira satu tahun import minyak mentah oleh ASEAN.

Inisiatif itu termasuk peruntukan kredit bagi syarikat tempatan mendapatkan sumber alternatif seperti minyak mentah Amerika Syarikat, serta pembiayaan dan pinjaman untuk syarikat dan pemerintah yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan Jepun.

Encik Wong mengalu-alukan pakej bantuan itu sambil berkata ia akan menyediakan "sokongan praktikal dan tepat pada masanya" bagi negara-negara Asia untuk mengukuhkan rantaian bekalan tenaga mereka.

Melihat melangkaui krisis segera, Encik Wong menyokong rancangan untuk menaik taraf Komuniti Sifar Pelepasan Asia, atau AZEC, kepada AZEC 2.0, dengan tumpuan yang lebih kukuh pada pengukuhan daya tahan ekonomi dan tenaga.

Beliau menekankan bahawa ini tidak bermakna ia akan berundur dari matlamat asal AZEC untuk mencapai pelepasan sifar bersih.

"Sebaliknya, ia mencerminkan pengiktirafan yang jelas bahawa keselamatan tenaga dan usaha mengurangkan karbon mesti berjalan seiring," kata Encik Wong.

"Oleh itu, kita harus terus meneruskan usaha untuk kecekapan tenaga, untuk mempelbagaikan sumber tenaga kita, dan untuk menjadikan sistem kita lebih berdaya tahan terhadap kemungkinan gangguan."

Beliau menambah bahawa negara-negara Asia juga harus memajukan inisiatif serantau yang konkrit seperti grid kuasa ASEAN, yang memacu kerjasama tenaga blok itu.

"Jika kita bertindak bersama, kita boleh membangunkan seni bina tenaga yang lebih kukuh untuk rantau kita dan membina sistem tenaga yang bukan sahaja lebih bersih, tetapi juga lebih selamat dan berdaya tahan," kata Encik Wong.

"Singapura bersedia untuk bekerjasama dengan ahli dan rakan kongsi AZEC untuk merealisasikannya."
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita