Negara-negara ASEAN mahu dekati semua pihak, bukan pilih pihak: PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
PHNOM PENH: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata negara-negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mahu mendekati semua pihak, bukan memilih pihak.
PM Lee berkata demikian pada Jumaat (11 Nov)sambil merujuk kepada lonjakan dalam ketegangan geopolitik dan juga persaingan kuasa besar dunia.
Beliau memberi contoh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan juga isu jangka panjang berhubung ketegangan Amerika Syarikat-China yang semakin memburuk.
PM Lee memberi amaran bahawa trend itu menunjukkan ada kemungkinan Washington dan Beijing hanya tertumpu kepada tindakan dan hasrat terburuk satu sama lain.
Natijahnya, kata PM Lee, ia boleh membawa padah kepada rantau ini dan juga dunia.
"Satu isu yang boleh meledak adalah isu Laut China Selatan," kata beliau.
PM Lee menyeru ASEAN supaya terus berusaha membincangkan Kod Tatalaku dengan China demi mencegah kejadian tidak diingini atau meningkatkan ketegangan.
PM Lee juga menambah bahawa faktor relevan dan kewibawaan ASEAN bergantung kepada perpaduannya.
Selain itu, ia juga harus kekal terbuka dan inklusif kepada negara-negara lain.
Bagi tujuan itu, ASEAN sedang mengembangkan perjanjian perdagangan bebasnya dengan rakan-rakannya selain meneroka pelbagai bidang kerjasama baru.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.