Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Negara maju mungkin berdepan kemelesetan, tetapi SG mampu hindari nasib serupa: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Jan 2023 02:26PM Dikemas Kini : 21 Jan 2023 10:06PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata sekalipun Singapura mungkin mampu menghindari kemelesetan ekonomi tahun ini, keadaan di merata dunia masih lagi suram.

Maka itu, Singapura perlu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan negara ini untuk mengharungi cabaran tersebut.

Demikian menurut Encik Lee pada Sabtu (21 Jan) di luar satu acara malam Tahun Baru Cina di pusat pertukaran bas Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands .

"Jika anda lihat di sekitar dunia, (terdapat) banyak 'awan mendung', di sekeliling kita, dan kita perlu membezakan diri dan memanfatkan sepenuhnya kelebihan kita dalam memastikan keselamatan kita," kata PM Lee.

"Saya rasa tahun ini, (iaitu) Tahun Arnab, saya mempunyai keyakinan penuh yang kita dapat lakukannya."

Beliau juga menarik perhatian bahawa tahun ini adalah sambutan Tahun Baru Cina yang pertama sejak kehidupan seharian di Singapura "kembali normal" menyusuli pandemik yang melanda.

PM Lee melahirkan harapan agar semua warga Singapura akan menikmati tahun yang baik, dan yang paling penting lagi, tahun yang lebih sihat. Ini sedang rakyat Singapura terus mengharungi COVID-19 tetapi dalam keadaan lebih tenang.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, Encik Lee menambah kedaan duni ayang tidak menentu pada 2023 boleh dijangkakan.

"Kami menjangkakan pertumbuhan yang lebih perlahan disebabkan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara-negara maju," kata beliau.

"Singapura boleh mengelak daripada terjerumus ke dalam kemelesetan, namun kita masih perlu mengawasi China dan bagaimana ia menyambung semula aktivitinya."

Pada 8 Januari lalu, China membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa buat pertama kalinya sejak pandemik COVID-19 melanda.

"Di pihak kami, kita sudah harus bersiap sedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan dan melakukan yang terbaik unutk mengatasinya," tambah PM Lee.

Sempena lawatannya itu, Encik Lee mengambil kesempatan untuk bercakap dengan pekerja pengangkutan, termasuk kapten bas dan kakitangan pentabiran, untuk mengucapkan terima kasih di atas khidmat mereka semasa tempoh Tahun Baru Cina.

Beliau juga mengambil bahagian dalam melambungkan 'yusheng', iaitu tradisi Tahun Baru Cina, dengan wakil dari Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dan pekerja pengangkutan.

Semasa ditanya mengenai maklum balas yang beliau terima daripada pekerja pengangkutan, Encik Lee berkata gaji merupakan isu yang dibangkitkan.

"Mereka berkata ekonomi lebih baik, lantas gaji mereka juga mungkin perlu dinaikkan," katanya.

"Sudah tentu, kami juga ingin melakukannya, tetapi kami juga mesti melihat keadaan ekonomi."

Dalam satu kenyataan media oleh NTUC pada Sabtu mengenai lawatan Encik Lee, pergerakan buruh itu menyatakan ia mengiktiraf "keperluan untuk meningkatkan prospek kerjaya dengan meningkatkan kemahiran pekerja pengangkutan awam, terutamanya kapten bas kami".

Pada 2012, NTUC bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri dan rakan kongsi tiga pihak untuk memperkenalkan struktur gaji progresif bagi kelompok perkhidmatan pengangkutan dan logistik, meliputi kapten bas dalam kalangan kumpulan pekerja.

“Sejak itu, hampir 10,000 pekerja pengangkutan awam dari empat pengendali pengangkutan awam di Singapura telah mendapat manfaat, di mana purata gaji asas permulaan kini adalah S$2,150 berbanding S$1,375 sebelum 2012,” kata NTUC.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan