Skip to main content

Singapura

Negara kecil perlu ada kekuatan tentera, tekad sosial untuk pertahankan diri, kata Shanmugam

Negara-negara kecil perlu ada kekuatan tentera dan tekad sosial untuk mempertahankan diri. 

Anggaran Waktu Membaca:
Negara kecil perlu ada kekuatan tentera, tekad sosial untuk pertahankan diri, kata Shanmugam

(Gambar: ISEAS - Yusof Ishak Institute)

SINGAPURA: Negara-negara kecil perlu ada kekuatan tentera dan tekad sosial untuk mempertahankan diri. 

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam berkata ini kerana negara-negara lain hanya akan campur tangan untuk membantu jika ia membantu melindungi kepentingan mereka juga. 

Encik Shanmugam berkata demikian dalam satu bengkel tentang kesan perang Rusia-Ukraine kepada Asia Tenggara hari ini (8 Mac). 

Apapun sebabnya, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak dapat diterima.

Demikian pendirian Singapura selama ini. 

Pada masa yang sama, Encik Shanmugam percaya bahawa negara-negara barat dan NATO turut menyumbang kepada ketegangan sekarang. 

Encik Shanmugam juga mengingatkan negara-negara kecil seperti Singapura perlu menggalak kerjasama dalam rantau ini, bukan persaingan. 

Singapura juga harus bertindak hanya untuk kepentingannya dan terus mempertahankan prinsip-prinsipnya.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita