Negara dunia perlu bangunkan rangka kerja untuk saling berniaga meski bertikai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: University of Pennsylvania
SINGAPURA: Negara-negara dunia perlu membangunkan rangka kerja untuk saling berniaga meskipun mereka bertikai.
Berucap kepada sekitar 600 pemimpin pemerintah dan perniagaan di Forum Dunia Wharton pada Sabtu (11 Mac), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong menambah, Singapura akan memainkan peranannya dalam hal itu dan membuktikan sejauh mana ia relevan dalam dunia yang tidak menentu.
DPM Wong, yang pernah menjadi penuntut di Michigan menceritakan bahawa kisah sejarah Singapura merupakan satu pelajaran.
"Dalam dunia yang berbahaya dan tidak menentu ini, kami akan terus melakukan yang terbaik untuk kekal relevan dan menambah nilai sebagai hab penting rangkaian global yang berubah-ubah, hab bagi bakat, kewangan, perdagangan dan idea serta kami akan terus membina rangkaian sahabat yang luas untuk menggalak keamanan dan kestabilan di rantau kita.
"Yang terpenting sekali untuk mengekalkan kedaulatan dan hak kita untuk menentukan masa depan kita sendiri," jelas DPM Wong.
Masa depan itu, menurut DPM Wong, perlu bersifat berbilang hala terutama sekali dalam dunia yang semakin berpecah-belah.
Beliau menambah ruang bersama diperlukan dalam bentuk peraturan kolaboratif dan baru serta institusi dan perkongsian berbilang hala yang lebih teguh.
DPM Wong memberi contoh Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) iaitu perjanjian dagangan bebas terbesar di dunia yang disokong Singapura.
Singapura menjadi tuan rumah Forum Global Wharton tahun ini- 30 tahun selepas idea itu dibentangkan di sini.
DPM Wong berkata forum itu kini mencerminkan peranan boleh dimainkan Singapura dalam dunia yang berubah-ubah iaitu sebagai penganjur, penghubung dan tempat bagi kemungkinan baru.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.