Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nee Soon Link tingkatkan usaha galak warga emas dakap digital

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kawasan kejiranan di Nee Soon sedang mempergiat usaha untuk menjadi sebuah masyarakat digital.

Demi menggalak golongan warga emas untuk turut mendakap teknologi digital, sebuah karnival diadakan pada Ahad (12 Feb).

Para penduduk Nee Soon Link mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti anjuran syarikat seperti DBS, Google dan Singtel.

Mereka belajar lebih lanjut tentang pelbagai topik termasuk keselamatan dan pembayaran online.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng turut hadir memberikan sokongan.

Setakat ini, lebih 1,100 warga emas di Nee Soon Link sudah belajar kemahiran digital menerusi usaha Pejabat Digital Singapura.
 
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan