Nee Soon East ubah sepanduk jadi barangan harian, sebahagian daripada inisiatif sifar sisa
Di kawasan kejiranan ini, sepanduk-sepanduk besar diubah menjadi barangan seharian seperti beg, tanglung dan kotak tisu.

(Gambar: Facebook/Louis Ng Kok Kwang)
SINGAPURA: Di kawasan kejiranan ini, sepanduk-sepanduk besar diubah menjadi barangan seharian seperti beg, tanglung dan kotak tisu.
Ia sebahagian daripada Pelan Induk Sifar Sisa di Nee Soon East untuk mengitar semula sepanduk menjadi produk baru sambil membantu golongan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan, menurut Anggota Parlimen bagi GRC Nee Soon Louis Ng kepada Mediacorp.
Projek Sew, satu inisiatif yang dimulakan pada 2015, mengubah beberapa sepanduk menjadi barangan lebih berguna sebelum pelan induk itu dilaksanakan.
"Mereka sebelum ini sudah mengubah beberapa sepanduk menjadi barangan lebih berguna, tetapi tahun ini saya melancarkan Pelan Induk Bebas Sisa dan mengambil keputusan untuk memastikan semua sepanduk dikitar semula," menurut Encik Ng.
Sebelum insiatif itu dilancarkan, sepanduk lama dibuang.
MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN
Selain memanfaatkan alam sekitar, projek itu juga membantu mereka yang memerlukan - terutamanya kaum wanita yang sukar bekerja, termasuk ibu bapa tunggal, golongan kurang upaya dan para penjaga sepanjang hari.
Nee Soon East memberikan sepanduk lama kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah, yang menjahit sepanduk itu menjadi beg. Ia kemudian membeli balik beg-beg tersebut daripada keluarga itu dan menggunakannya di acara-acara anjurannya, menurut Encik Ng.
Beg-beg itu juga dijual - dari S$2 bagi beg kecil sehingga sekitar S$40 bagi beg besar. Hasil jualan itu diproses dan diagihkan oleh Nee Soon East bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, tambah Encik Ng.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.