Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA tawar gantikan 8,600 plak kuarza di kolumbarium Mount Vernon

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menawarkan untuk menggantikan lebih 8,000 plak nama yang diperbuat oleh kuarza dan bukan marmar secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
NEA tawar gantikan 8,600 plak kuarza di kolumbarium Mount Vernon

Tempat persemadian Mandai (kiri) dan Choa Chu Kang (kanan), yang dikendalikan oleh pemerintah. (Gambar: Laman NEA)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 10:53PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 10:58PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menawarkan untuk menggantikan lebih 8,000 plak nama yang diperbuat oleh kuarza dan bukan marmar secara percuma.

Plak-plak yang terjejas itu adalah antara yang dipindahkan dari rumah penyimpanan abu mayat Mount Vernon ke tempat persemadian Mandai dan Choa Chu Kang, yang dikendalikan oleh pemerintah. Ini menurut NEA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (25 Sep).

Anggota keluarga yang sudah menerima tawaran pemerintah untuk memindahkan tempat persemadian tersebut sebelum ini diberitahu bahawa kontraktor yang dilantik pemerintah akan menyediakan plak marmar untuk menggantikan yang lama.

Bagaimanapun, menyusuli satu pertanyaan oleh sebuah keluarga yang mengesyaki bahawa plak yang diberikan bukan diperbuat daripada batu marmar, NEA melancarkan satu siasatan dan menghantar beberapa sampel ke makmal untuk diperiksa. Ia mendapati 8,600 daripada 13,000 plak nama yang dipindahkan mempunyai plak yang diperbuat dari kuarza, yang merupakan sejenis mineral yang mengandungi silikon dioksida.

Menurut NEA, ia sedang menghubungi anggota keluarga yang terjejas bagi memaklumkan tentang keadaan itu dan menawarkan plak-plak baru yang diperbuat dari marmar, secara percuma.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan