Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NEA lancar aplikasi 'chatbot' untuk anda pastikan barang yang boleh kitar semula

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2024 06:52PM Dikemas Kini : 17 Sep 2024 09:01PM
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melancarkan 'chatbot' baharu untuk pastikan orang ramai boleh memastikan barangan yang boleh dikitar semula.

Mulai Isnin (16 Sep), jika anda tidak pasti apa yang boleh dibuang ke dalam tong kitar semula, anda boleh merujuk kepada satu 'chatbot' baharu di Telegram ataupun WhatsApp.

Usaha tersebut bertujuan untuk mengurangkan pembuangan makanan, cecair dan bahan lain yang tidak boleh dikitar semula, ke dalam tong-tong sedia ada.

Kadar pencemaran dalam tong kitar semula kekal pada 40 peratus sejak 2018.

Menerusi 'chatbot' itu, pengguna boleh menghantar soalan atau gambar untuk bertanya, sama ada barangan tersebut boleh dikitar semula.

"Kami berharap, ini akan membantu kami meningkatkan kadar kitar semula dalam negeri sebanyak 12 peratus, untuk mencapai sasaran sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030," kata Setiausaha Parlimen Kanan, Baey Kam Yeng.

"Antara barangan yang ditemui dalam tong biru kami, kami mendapati sekitar 40 peratus daripadanya tercemar.

"Justeru, kami perlu masyarakat awam untuk membantu kami, mencuci botol plastik dan lain-lain lagi,supaya barang itu bersih apabila dibuang ke dalam tong biru dan tidak mencemari barangan lain, tambahnya.

Di Sekolah Rendah Unity, pelajar dan kakitangan mengumpul sekitar 100 kilogram barangan kitar semula setiap minggu.

Dengan jumlah kertas, plastik dan logam yang dikumpul itu, sekolah tersebut ingin memastikan, tiada pembaziran berlaku.

Para pelajar juga diingatkan cara mengitar semula dengan betul.

Misalnya, tin air harus bersih dan kering.

Jika tidak, ia tidak boleh dikitar semula dan harus dibuang.

"Mengitar semula itu penting kerana ia membantu mengurangkan sisa dan menjimatkan sumber alam. Ia mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang. Ia tindakan kecil, tetapi memberi kesan yang besar," kata pelajar Sekolah Rendah Unity, Zoheb Putra.
 
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan