NEA kaji isu formaldehid dalam produk kayu, pelekat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang giat mengkaji isu pelepasan formaldehid dari produk kayu komposit dan pelekat selepas meningkatnya laporan mengenai kes bahan kimia berbahaya itu di rumah.
Setiausaha Parlimen Kanan Kemampanan dan Sekitaran Baey Yam Keng berkata pada Selasa (6 Ogos), NEA sedang mengkaji amalan terbaik antarabangsa, garis panduan dan keperluan kawal selia mengenai formaldehid.
Encik Baey berkata demikian sebagai menjawab soalan yang difailkan di parlimen mengenai penggunaan bahan yang boleh menyebabkan barah itu (carcinogen) dalam perabot.
Formaldehid kini digunakan sebagai bahan pengawet dalam sesetengah cat kerana ia menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat selain digunakan dalam perabot kayu kerana boleh membuat resin dan pelekat yang kuat.
Mediacorp melaporkan pada Julai bahawa lebih ramai pemilik rumah sedang mendapatkan bantuan mengenai penggunaan tahap formaldehid yang tinggi, dengan anak sebuah keluarga jatuh sakit berulang kali kerana bahan kimia itu.
Firma rawatan yang ditemui Mediacorp berkata jumlah kes sedemekian semakin meningkat berbanding tahun lalu, dengan salah sebuah firma menyaksikan peningkatan sehingga 70 peratus.
Pendedahan jangka pendek kepada formaldehid boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata, atau kesukaran bernafas. Dalam jangka panjang, seseorang yang terdedah kepada bahan kimia itu boleh mendapat barah.

Anggota Parlimen (AP) bertanya tentang langkah yang diambil untuk melindungi pengguna daripada formaldehid.
AP Edward Chia (PAP-Holland-Bukit Timah) ingin tahu sama ada pihak berkuasa akan mempertimbangkan untuk melaksanakan peraturan import yang lebih ketat atau ujian mandatori ke atas perabot kayu yang diimport.
AP Cheryl Chan (PAP-East Cost) pula bertanya sama ada pemeriksaan formaldehid dijalankan ke atas syarikat yang menjual produk bangunan dan jika kontraktor ubah elok perlu menunjukkan bukti bahawa paras kepekatan formaldehid dalam bangunan berada di bawah had ditetapkan apabila kerja-kerja ubah elok selesai.
Encik Baey berkata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) telah memantau isu paras formaldehid dalam premis tertutup.
NEA menerima 19 maklum balas sejak 2020 mengenai paras formaldehid yang meningkat menyusuli kerja-kerja ubah elok, kata beliau.
"Industri perabot telah berusaha untuk mengurangkan pelepasan formaldehid," kata Encik Baey, sambil menambah bahawa Alliance for Action on Sustainable Spaces – yang dibentuk bersama Persekutuan Perniagaan Singapura, Majlis Industri Perabot Singapura dan Majlis Bangunan Hijau Singapura (SGBC) – membangunkan dan melancarkan satu set garis panduan dan cadangan industri untuk meningkatkan mutu udara dalaman pada tahun lalu.
Ini termasuk cadangan mengenai had pelepasan formaldehid untuk produk dan kelengkapan yang digunakan di dalam rumah.
Singapura akan mengawal selia formaldehid dalam cat. Perbahasan Jawatankuasa Bekalan tahun ini mengumumkan bahawa cat dengan formaldehid tidak akan dibenarkan dijual di sini mulai 1 Jan 2026.
Formaldehid dalam cat akan dikawal selia sebagai bahan berbahaya di bawah Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar, kata Encik Baey.
Syarikat yang didapati mengimport, menghasilkan atau memiliki untuk tujuan menjual atau menawarkan untuk menjual cat di Singapura dengan paras formaldehid yang sama atau melebihi 0.01 peratus berat cat boleh didenda sehingga S$50,000 atau penjara sehingga dua tahun , atau kedua-duanya.
Menjawab soalan AP Rachel Ong (PAP-West Coast) tentang sebab larangan itu tidak boleh dilaksanakan lebih cepat, Encik Baey berkata garis masa sekarang ini "(mencapai) keseimbangan antara melindungi kesihatan orang ramai dan memastikan pihak industri mempunyai masa yang mencukupi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan baharu berdasarkan maklum balasnya".
"Sementara itu, cat dalaman tanpa formaldehid tambahan sudah tersedia di pasaran Singapura," tambahnya.
Beliau menggalakkan orang ramai menggunakan produk dengan Skim Label Hijau Singapura, yang ditadbir oleh Majlis Sekitaran Singapura, atau Skim Pensijilan Produk Bangunan Hijau Singapura yang ditadbir oleh SGBC.
Produk kayu yang mengandungi Label Hijau Singapura akan mempunyai paras formaldehid yang diperakui rendah atau tidak dapat dikesan, manakala cat dalaman yang diperakui dengan label itu tidak akan mempunyai formaldehid.
Encik Baey menasihatkan penghuni ruang tertutup dengan produk yang mengandungi formaldehid supaya meningkatkan pengaliran udara dan membuka pintu dan tingkap.
Beliau juga menasihatkan mereka menggunakan kipas dan sistem udara untuk mencairkan kepekatan formaldehid dalam ruang.
ADUAN KEPADA CASE
AP Melvin Yong (PAP-Radin Mas), yang juga presiden Persatuan Pengguna Singapura (CASE), berkata pertubuhan itu menerima 10 aduan berkaitan bau kimia yang kuat daripada perabot baharu seperti tilam, sofa dan almari pakaian pada separuh pertama tahun ini.
"Sesetengah pengguna melaporkan mengalami gejala seperti sakit kepala, pening dan batuk selepas terdedah kepada bahan yang disyaki formaldehid," kata Encik Yong.
Beliau ingin tahu sama ada MSE akan mempertimbangkan untuk mengawal selia tahap formaldehid dalam perabot dengan cara yang sama dengan peraturan cat yang dirancang.
Encik Baey berkata MSE sedang mengkaji bagaimana undang-undang juga boleh digunakan untuk barangan seperti produk kayu komposit dan pelekat.
"Jadi pengguna atau mereka yang menjalankan kerja-kerja ubah elok harus berbincang dengan kontraktor untuk mendesak produk yang digunakan memenuhi keperluan ini, dan juga jika mereka secara peribadi lebih bimbang tentang kandungan sedemikian, mereka harus meminta produk yang tidak mengandungi (formaldehid)," ujar beliau.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.