NEA didenda S$230,000 atas kematian 2 pekerja akibat letupan di Loji Pembakaran Sampah Tuas
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (18 Nov) didenda sebanyak S$230,000 kerana gagal memastikan prosedur kerja yang selamat, yang menyebabkan dua pegawainya maut di Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021.
Encik Kwok Yeow Wai, 65 tahun, dan Encik Wee Eng Leng, 64 tahun, meninggal dunia apabila letupan berlaku di bilik suis elektrik, di mana mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah teknikal.
Seorang lagi pekerja, Encik Low Yin Choon, 59, terselamat daripada letupan itu tetapi mengalami kecederaan.
Kejadian itu berlaku pada 23 September 2021, apabila ketiga-tiga mereka dipanggil untuk membaiki kipas perindustrian yang tidak dapat dimatikan di loji pembakaran tersebut.
Selepas gagal mematikan kipas dari jarak jauh menyusuli beberapa cubaan, mereka pergi ke bilik suis untuk mematikannya secara manual.
Semasa Encik Kwok dan Encik Wee cuba memutuskan suis pemutus litar, Encik Low berada di hujung lain di bilik itu dan menghubungi bilik kawalan pusat untuk memeriksa bacaan arus.
Pengendali itu kemudian memaklumkan bahawa arus yang mengalir ke kipas perindustrian itu meningkat.
Encik Low terkejut mendengarnya kerana ia boleh merosakkan kipas itu, lalu segera kembali ke suis.
Pada masa itu, sama ada Encik Kwok atau Encik Wee memutuskan pemutus litar semasa arus masih mengalir. Tindakan ini bertentangan dengan peraturan keselamatan.
Ia mengakibatkan letupan 'arc flash' - letupan elektrik yang disebabkan oleh litar pintas (short circuit) melalui udara - di bilik suis. Ketiga-tiga mereka, yang tidak memakai pakaian kalis api yang sesuai, mengalami kecederaan akibat letupan itu.
Encik Kwok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Encik Wee meninggal dunia di hospital tiga hari kemudian.
Encik Low dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka serius akibat kebakaran pada 27 peratus permukaan badannya.
Pemeriksaan forensik mendapati faktor lain yang menyumbang kepada letupan itu ialah pemutus automatik, iaitu ciri keselamatan, yang tidak berfungsi kerana 'piston' dalam pemutus litar sudah haus dan tercabut, menyebabkan mekanismenya tersekat.
Encik Kwok adalah pengurus kanan kejuruteraan dan ketua Cawangan Penyenggaraan Elektrik (EMB), manakala Encik Wee adalah pengurus eksekutif kejuruteraan dalam EMB.
Kedua-dua mereka mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam kerja penyenggaraan elektrik.
Dalam kenyataan selepas perbicaraan itu, NEA menyatakan ia amat menyesali kehilangan kedua-dua pegawai NEA itu.
“Walaupun sudah empat tahun berlalu, kehilangan mereka masih dirasai dengan mendalam, dan sumbangan mereka akan sentiasa diingati,” kata agensi itu.
NEA menambah bahawa ia bertanggungjawab atas kelemahan yang disebut dalam kes itu dan menerima denda tersebut.
Agensi itu juga memberi butiran mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mengukuhkan amalan dan budaya keselamatan di tempat kerja, melangkaui kelemahan yang dikaitkan dengan tuduhan jenayah.
GAGAL PASTIKAN PROSEDUR KERJA SELAMAT
Lembaga berkanun itu diwakili di mahkamah oleh pengarah kumpulan prasarana dan kejuruteraan Desmond Tan.
NEA mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, melibatkan tiga prosedur kerja yang tidak selamat.
Pertama, NEA gagal memastikan sistem permit untuk kerja bagi kerja-kerja rak suis berkuasa tinggi mematuhi Peraturan Elektrik (Pemasangan Elektrik).
Menurut peraturan, hanya jurutera bertauliah boleh mengeluarkan permit kerja, dan permit mesti diberikan kepada “orang yang berwibawa”.
Namun pada hari kejadian, permit tidak dikeluarkan oleh jurutera bertauliah. Beliau tidak dimaklumkan tentang kipas perindustrian yang rosak dan tidak diminta mengeluarkan sebarang permit.
Encik Kwok dan Encik Wee juga bukan “orang yang berwibawa” untuk melaksanakan kerja tersebut.
Pihak pendakwa menyatakan perkara ini berlaku kerana sistem permit untuk kerja NEA tidak menyatakan secara jelas bahawa jurutera bertauliah mesti mengeluarkan permit, dan membenarkan jurutera lain melakukannya walaupun mereka tidak disahkan untuk berbuat demikian.
Jurutera bertauliah juga sepatutnya menyelia kerja tersebut atau membahagi-bahagikan tugas penyeliaan kepada orang berwibawa yang lain, tetapi ini tidak berlaku pada hari kejadian kerana beliau tidak dimaklumkan tentang kerja yang akan dijalankan oleh pasukan EMB.
Siasatan lanjut mendapati pasukan EMB melaksanakan kerja-kerja rak suis berkuasa tinggi tanpa penyeliaan jurutera bertauliah selama beberapa tahun.
Kedua, NEA gagal menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai untuk pekerja penyenggaraan di Loji Pembakaran Sampah Tuas, termasuk pakaian kalis api.
Ini meskipun NEA sendiri mengenal pasti risiko percikan api dan luka akibat kebakaran dalam penilaian risikonya.
Sebaliknya, pekerja-pekerja itu hanya memakai uniform NEA yang tidak kalis api, bersama topi keledar, cermin mata keselamatan, sarung tangan dan pelindung keselamatan.
Semasa letupan itu berlaku, ketiga-tiga mereka memakai uniform dan kasut keselamatan. Encik Kwok dan Encik Wee juga memakai topi keledar.
Ketiga, NEA gagal menetapkan prosedur kerja yang selamat bagi jenis kerja yang dijalankan pasukan itu pada hari kejadian, sekali gus gagal mengawal risiko yang boleh dijangkakan.
Pada Selasa, agensi itu menyatakan ia akan bekerjasama dengan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) untuk meneliti dapatan mahkamah dan menilai bagaimana ia harus diambil kira dalam urusan pegawai selepas kes tersebut selesai.
NEA memohon masa untuk membayar denda dan diberikan lima hari bekerja.
Denda mesti dibayar sebelum 25 November.
Pampasan sudahpun dibayar di bawah Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja, menurut pihak pendakwa.
Agensi itu boleh dijatuhi hukuman denda sehingga S$500,000 kerana gagal mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.