NEA akan terus pantau Boon Lay Place meski tiada lagi kes jangkitan Zika sejak Dis tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Google Street View
SINGAPURA: Boon Lay Place sedang dipantau dengan teliti bagi penularan Zika, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Khamis (22 Feb).
Satu kes dilaporkan pada Disember tahun lalu.
"Meskipun tiada lagi kes Zika dilaporkan di kawasan tersebut sejak itu, pemantauan yang dipertingkatkan melibatkan ujian nyamuk dan air sisa telah menunjukkan tanda-tanda virus Zika yang berterusan di kawasan itu, yang membayangkan penularan Zika yang berterusan,” menurut MOH dan NEA dalam kenyataan media bersama.
Peta kawasan dengan kemungkinan berlaku penularan Zika termasuk mercu tanda seperti Boon Lay Place Market and Food Village, Boon Lay Shopping Centre serta blok-blok perumahan HDB berhampiran Boon Lay Avenue dan Corporation Road.
Meskipun langkah-langkah pencegahan telah dipertingkatkan, MOH dan NEA menegaskan bahawa mereka tidak boleh menolak kemungkinan kes lanjut kerana kebanyakan orang yang dijangkiti mungkin menunjukkan gejala ringan atau tiada gejala sama sekali.
MOH juga memaklumkan para doktor supaya terus berwaspada dan melakukan ujian Zika dalam kalangan pesakit dengan simptom serupa virus tersebut, terutama sekali bagi para individu yang menetap atau bekerja di kawasan Boon Lay.
"Kami menasihati para penduduk di sekitar kawasan Boon Lay, terutama sekali wanita hamil, untuk melindungi diri mereka dan memantau kesihatan mereka dengan teliti. Mereka harus mendapatkan rawatan segera jika kurang sihat dengan simptom jangkitan virus Zika, yang termasuk ruam, sakit sendi, sakit otot, pening dan/atau konjunktivitis.
Mereka juga harus memaklumkan doktor mereka mengenai lokasi kediaman dan tempat kerja mereka."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.