Skip to main content

Singapura

NEA akan manfaatkan robot, AI untuk pacu sektor pembersihan SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kerja-kerja pembersihan mungkin dijalankan oleh robot pada masa akan datang.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang mengusahakan penggunaan robot yang dikendalikan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam industri khidmat alam sekitar.

Usaha itu demi meningkatkan kecekapan dan keselamatan pekerja di samping mengurangkan pelepasan karbon oleh sektor tersebut.

Terdapat robot yang boleh mengumpul sehingga 50 kilogram sisa dari sungai dan terusan pada satu-satu masa.

Menurut syarikat pembuatnya Weston Robot, ia juga memanfaatkan tenaga daripada panel-panel suria.

Semuanya sebagai contoh bagaimana teknologi masa hadapan dapat bantu menghuraikan masalah hari ini.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita