Skip to main content

Singapura

NEA akan ambil tindakan terhadap lelaki buang lampin atas kereta

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang dirakam membuang lampin atas sebuah kereta di tempat letak kereta di Tampines Mall, menurut agensi tersebut di Facebook pada Sabtu (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
NEA akan ambil tindakan terhadap lelaki buang lampin atas kereta

(Gambar: Jonathan Lee/Facebook)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 10:30AM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 10:32AM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang dirakam membuang lampin atas sebuah kereta di tempat letak kereta di Tampines Mall, menurut agensi tersebut di Facebook pada Sabtu (7 Sep).

"Kami sudah selesai menjalankan siasatan setakat sehingga 3 September dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu tersebut atas kesalahan membuang sampah sembarangan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang mengetengahkan kesalahan itu," menurut NEA.

Pengguna Facebook Jonathan Lee merakam insiden berkenaan menggunakan kamera yang dipasang dalam kenderaannya. Dalam satu catatan yang dimuatnaikkan ke Facebook pada 24 Ogos, Encik Lee mendakwa lelaki yang memakai kemeja-T hitam itu membuang lampin yang sudah digunakan ke arah keretanya di Tampines Mall pada awal hari itu.

Dalam petikan video yang dilampirkan dengan catatan berkenaan, lelaki tersebut dilihat menutup but kereta Toyotanya sebelum mencampak objek putih yang kelihatan seperti lampin, ke arah kenderaan di belakang keretanya. Lelaki tersebut kemudian memandu keluar keretanya dari tempat letak kereta itu.

Dalam satu kemas kini pada catatan tersebut pada 1 September, Encik Lee berkata lelaki dalam video itu sudahpun memohon maaf kepadanya. Encik Lee menambah beliau juga sudah menurunkan video dan gambar-gambar tersebut atas permintaan lelaki berkenaan.

"Saya percaya beliau benar-benar mahu meminta maaf dan keluarganya turut terjejas dengan kejadian ini. Saya yakin beliau akan belajar daripada insiden ini," kata Encik Lee.

"Bagaimanapun, beliau masih perlu menjawab kepada NEA berhubung kejadian ini."

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita