NEA, 2 pekerja didakwa atas letupan maut di Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan(NEA) dan dua pekerjanya didakwa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHA) atas pelibatan mereka dalam letupan di Loji Pembakaran Sampah Tuas pada 2021, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (26 Dis).
Kejadian tersebut mengakibatkan dua pekerja maut dan seorang lagi cedera.

Pada 23 Sep 2021, sekitar pukul 12.00 tengah hari, bilik kawalan di loji pembakaran sampah tersebut tidak dapat mematikan kipas perindustrian dari jarak jauh. Tiga pegawai NEA telah dikerahkan untuk menangani masalah tersebut.
Ketiga-tiga lelaki itu berada di dalam bilik suis elektrik ketika letupan berlaku, menurut AGC dan MOM. Seorang pengurus kanan kejuruteraan berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi pegawai NEA, pengurus kejuruteraan eksekutif, meninggal dunia tiga hari kemudian.
Pegawai ketiga dikejarkan ke hospital kerana mengalami kelecuran dan dia kemudian dibenarkan keluar hospital.
NEA dipercayai gagal mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerjanya, seperti sistem bagi memastikan pekerjanya bertauliah untuk menjalankan kerja-kerja rak suis voltan tinggi yang mematuhi peraturan yang ditetapkan, dedah AGC dan MOM.
Tuduhan-tuduhan itu juga mendakwa NEA gagal melaksanakan langkah-langkah kawalan dengan secukupnya dan menetapkan prosedur kerja yang selamat untuk kerja-kerja sedemikian.
Ng Wah Yong, pengurus besar Loji Pembakaran Sampah Tuas, dipercayai secara cuai membahayakan keselamatan orang lain dengan gagal memastikan sistem pentauliahan itu dilaksanakan untuk kerja-kerja sedemikian yang mematuhi peraturan yang ditetapkan, yang turut memastikan langkah-langkah kawalan telah dilaksanakan dengan secukupnya, dan prosedur-prosedur kerja selamat ditetapkan untuk kerja-kerja rak suis voltan tinggi.
Seorang lagi pekerja NEA, Lee Yew Binn, Christopher, dipercayai telah membahayakan keselamatan orang lain secara cuai dengan meluluskan sistem pentauliahan bagi kerja-kerja rak suis voltan tinggi yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Para majikan yang didapati bersalah kerana melanggar kewajipan mereka untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja mereka boleh didenda sehingga S$500,000.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan perbuatan cuai yang membahayakan keselamatan dan kesihatan orang lain boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$30,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.