NDR2026: Yuran jaga kanak-kanak, bayi lebih rendah di prasekolah disokong pemerintah jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail seorang kanak-kanak perempuan bermain di sebuah taman permainan. (Gambar: iStock)
- Pemerintah Singapura mengumumkan yuran penjagaan kanak-kanak dan bayi di prasekolah yang disokong akan dikurangkan lebih separuh menjelang 2030, dengan pelaksanaan bertahap bermula 2028.
- Setiap kanak-kanak warga Singapura akan menikmati yuran lebih rendah tanpa mengira pendapatan isi rumah, dan keluarga berpendapatan rendah akan membayar lebih murah selepas subsidi.
- Pemerintah juga akan memperluaskan rangkaian prasekolah disokong serta memberi lebih banyak bantuan kepada pengendali yang layak untuk memastikan akses lebih meluas.
- Subsidi penuh penjagaan akan diperluas tanpa mengira status pekerjaan ibu, dan kapasiti serta mutu pusat jagaan pelajar di sekolah rendah turut akan dipertingkatkan.
SINGAPURA: Yuran penjagaan kanak-kanak dan bayi di prasekolah yang disokong pemerintah akan dikurangkan kepada kurang separuh daripada kadar sekarang menjelang 2030, bagi menjadikan kos penjagaan anak lebih dimampui.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan demikian semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 pada Ahad (23 Ogos).
Menjelang 2030, yuran bulanan bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari akan dikurangkan kepada S$150, manakala penjagaan bayi sepenuh hari pula kepada S$300.
Kadar yuran lebih rendah itu akan dinikmati setiap kanak-kanak warga Singapura tanpa mengira pendapatan isi rumah.
Jumlah tersebut adalah sebelum subsidi berdasarkan pendapatan diambil kira, bermakna keluarga berpendapatan rendah akan membayar yuran yang lebih rendah lagi.
Pada masa ini, selepas subsidi asas, yuran penjagaan kanak-kanak sepenuh hari di prasekolah yang disokong pemerintah adalah antara S$365 dengan S$559 sebulan.
Yuran penjagaan bayi sepenuh hari pula antara S$746 dengan S$1,256 sebulan.
Dengan perubahan itu, pemerintah akan menanggung bahagian yang jauh lebih besar daripada kos penjagaan kanak-kanak dan prasekolah, kata PM Wong.
"Namun saya percaya ini adalah antara pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan.
"Ini kerana setiap kanak-kanak di Singapura, tanpa mengira keadaan keluarga mereka, berhak mendapat permulaan yang baik dalam kehidupan," katanya.
Pengurangan yuran akan dilaksanakan secara bertahap-tahap mulai 2028, dengan butiran lanjut mengenai jadual pelaksanaannya diumumkan pada awal 2027.
LEBIH BANYAK PRASEKOLAH DISOKONG PEMERINTAH
Pusat-pusat yang disokong pemerintah kini menyediakan tempat bagi sekitar 80 peratus kanak-kanak prasekolah, kata PM Wong.
Pemerintah mahu yuran lebih rendah itu dapat dinikmati dengan lebih meluas dan akan terlebih dahulu memperluaskan rangkaian prasekolah yang disokong pemerintah dengan ketara.
Lebih banyak bantuan akan diberikan kepada pengendali prasekolah yang layak dan mahu menyertai rangkaian tersebut serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Sedang rangkaian ini diperluas, kita akan mengurangkan yuran secara bertahap," kata PM Wong.
"Matlamat kita jelas – prasekolah bermutu dan dimampui harus dalam kemampuan setiap keluarga serta mudah diakses di setiap kejiranan."
Pendekatan secara bertahap-tahap akan memberi sektor tersebut masa untuk menyesuaikan diri secara mampan sambil mengekalkan piawai yang tinggi, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD).
Langkah-langkah itu merupakan antara kumpulan pertama saranan Kumpulan Kerja Permulaan Baharu Perkahwinan dan Keibubapaan yang diterima pemerintah.
Kumpulan kerja yang dipengerusikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah akan mengeluarkan saranan lebih menyeluruh pada awal 2027.
SUBSIDI TANPA MENGIRA STATUS PEKERJAAN
PM Wong berkata pemerintah mahu setiap kanak-kanak Singapura mendapat akses kepada prasekolah bermutu dengan yuran yang dimampui, sama seperti pendidikan sekolah rendah yang dimampui tanpa mengira pendapatan isi rumah atau sama ada kedua-dua ibu bapa bekerja.
Pemerintah akan menjadikan prasekolah lebih dimampui dengan memperluaskan subsidi penuh penjagaan kanak-kanak dan bayi kepada keluarga tanpa mengira status pekerjaan ibu, menurut MSF.
Ibu dianggap sebagai pemohon utama bagi subsidi prasekolah, manakala bapa tunggal menjadi pemohon utama dalam kes berlaku perceraian, perpisahan atau kematian pasangan.
Buat masa ini, subsidi penuh hanya diberikan kepada keluarga dengan pemohon utama yang bekerja.
Pemohon yang tidak bekerja hanya layak menerima subsidi asas bulanan sebanyak S$150 bagi penjagaan kanak-kanak dan penjagaan bayi sepenuh hari.
Pemohon yang bekerja pula layak menerima subsidi asas bulanan sebanyak S$300 bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari dan S$600 bagi penjagaan bayi sepenuh hari.
Mereka juga layak menerima subsidi tambahan berdasarkan pendapatan sehingga S$467 bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari dan sehingga S$710 bagi penjagaan bayi sepenuh hari.
MSF dan NPTD turut komited untuk menjadikan pilihan penjagaan sepanjang tahun-tahun prasekolah dan sekolah rendah lebih dimampui.
Ini termasuk menambah jumlah tempat penjagaan bayi dan memperluaskan tenaga kerja pendidik bagi penjagaan bayi.
PUSAT JAGAAN PELAJAR
Sokongan pemerintah akan diteruskan apabila kanak-kanak meningkat usia, kata PM Wong.
Permintaan bagi khidmat jagaan pelajar semakin meningkat dan setiap sekolah rendah kini menyediakan khidmat tersebut.
"Namun kita boleh dan akan melakukan lebih banyak lagi. Kita akan meningkatkan kapasiti, mempertingkatkan mutu penjagaan dan memastikan yuran kekal dimampui.
"Kita juga akan bekerjasama dengan pusat-pusat terpilih di luar sekolah untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa," katanya.
Menurut NPTD, pemerintah kini mengambil pendekatan kawal selia secara minimum terhadap pusat jagaan pelajar bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
Pusat yang berdaftar dengan MSF perlu memenuhi syarat-syarat asas dan boleh mengendalikan bantuan yuran berdasarkan pendapatan.
Pusat-pusat tersebut ditempatkan di setiap sekolah rendah dan sebahagiannya beroperasi dalam masyarakat.
"Tahun-tahun awal kehidupan seorang kanak-kanak amat penting. Ia membentuk cara kanak-kanak belajar, membesar dan berkembang maju.
"Itulah sebabnya selama ini kita secara berterusan memperluaskan sektor ini. Sekarang kita bersedia untuk melangkah lebih jauh," kata PM Wong.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.