NDR2026: PM Wong seru rakyat SG belajar bahasa dan budaya Melayu
Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru rakyat Singapura untuk belajar Bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru rakyat Singapura untuk belajar Bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu.
Ini bagi mengeratkan lagi hubungan dengan jiran-jiran serantau dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat dan perniagaan Singapura.
Dalam ucapan Bahasa Melayu di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 pada Ahad (23 Ogos), PM Wong berkata: "Setiap kali saya bersama masyarakat Melayu/Islam, saya dapat rasakan semangat dan rasa bangga anda terhadap jati diri serta warisan anda. Saya melihatnya sendiri semasa pembukaan semula Taman Warisan Melayu. Buat pertama kalinya, perarakan budaya diadakan di sekitar Kampong Gelam. Para seniman, kumpulan masyarakat, peniaga dan relawan berganding bahu untuk meraikan warisan masyarakat yang begitu kaya".
"Kampong Gelam ialah tempat yang istimewa untuk kita semua. Ia mengingatkan kita akan hubungan erat kita dengan rantau ini. Ia juga sebahagian daripada sejarah dan warisan yang kita kongsi bersama. Kita hargai pertalian ini. Sebab itulah Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan kita, bahasa Lagu Kebangsaan kita, dan juga bahasa arahan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada identiti Singapura! Memandangkan kedudukan kita di rantau ini, ada baiknya jika rakyat Singapura belajar Bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu. Pertalian ini bukan sahaja tentang warisan kita. Malah, ia membantu kita mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran serantau dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat dan perniagaan Singapura," tambahnya.
PM Wong memberi contoh perniagaan Pondok Abang yang bermula daripada sebuah gerai penjaja dan kini sudah berkembang ke luar negara.

"Pondok Abang diasaskan oleh Encik Abdul Rahman bin Yad Ali. Beliau bermula dengan sebuah gerai penjaja.Masakannya mendapat sambutan hangat. Lebih banyak gerai dibuka. Pondok Abang juga ialah sebuah dapur pusat dan menjadi pembekal kepada peniaga makanan yang lain. Hari ini, Pondok Abang diurus oleh anaknya, Hasan. Mereka masih berniaga di
gerai penjaja, dan juga menjadi pengeluar makanan halal yang utama. Hasan sedar pasaran untuk masakan tradisional Melayu semakin berkembang di rantau ini," kongsi PM Wong.

"Kini, Pondok Abang sudah pun bertapak di Brunei dan Malaysia, dan bakal
tebarkan sayap ke negara-negara jiran lain. Encik Rahman dan Hasan ada bersama kita di sini. Kepada anda berdua, selamat maju jaya!," ucap PM Wong kepada dua beranak itu yang turut hadir di Auditorium ITE Kolej Tengah.
PM Wong turut menzahirkan penghargaannya kepada masyarakat Melayu atas sokongan dan galakan yang diberikan.

Beliau berkata, "Sepanjang setahun yang lalu, saya banyak mendampingi masyarakat Melayu/Islam dan bersama anda dalam pelbagai program dan kegiatan. Anda membuka pintu hati anda, menerima kehadiran saya dengan penuh mesra di majlis berbuka puasa, acara kebudayaan serta sesi bersama masyarakat. Semasa sesi-sesi ini, anda berkongsi harapan, kebimbangan dan aspirasi anda dengan jujur dan ikhlas. Ramai juga terus memberi saya semangat untuk belajar Bahasa Melayu. Terima kasih!"
Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.