NDR2026: Pemimpin Melayu sambut baik sokongan untuk keluarga, percaya langkah perkukuh keyakinan rakyat bina keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
- Pakej sokongan keluarga diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong termasuk cuti penjagaan anak, bantuan kewangan hampir S$70,000 bagi setiap anak, dan kenaikan had pendapatan untuk pembelian rumah awam, bertujuan membantu ibu bapa bekerja dan keluarga Singapura.
- Pemimpin Melayu seperti Abdul Samad Abdul Wahab, Hazlina Halim dan Zhulkarnain Abdul Rahim menyambut baik langkah ini, menekankan perlunya sokongan di tempat kerja dan akses perumahan yang lebih luas untuk membina keluarga yang lebih besar dan sejahtera.
SINGAPURA: Langkah-langkah baharu untuk membolehkan ibu bapa bekerja meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga, sokongan kewangan membesarkan anak dan lebih akses kepada perumahan awam dijangka memberi rakyat Singapura lebih keyakinan untuk membina dan membesarkan keluarga, menurut beberapa pemimpin Melayu.
Mereka menyambut baik pakej sokongan keluarga yang diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (23 Ogos), sambil menekankan perlunya sokongan turut diberikan di tempat kerja.
Antara langkah yang diumumkan ialah skim cuti penjagaan anak baharu, yang memberikan lebih banyak hari cuti kepada ibu bapa bekerja berdasarkan bilangan anak mereka.
Setiap ibu atau bapa akan mendapat lapan hari cuti setahun jika mempunyai seorang anak, 10 hari bagi dua anak dan 12 hari bagi tiga anak atau lebih. Anak-anak tersebut mestilah warga Singapura dan berusia 12 tahun dan ke bawah.

Naib Presiden NTUC Abdul Samad Abdul Wahab berkata langkah itu dinanti-nantikan masyarakat, terutama keluarga yang memerlukan bukan sahaja bantuan kewangan tetapi juga lebih banyak masa untuk menjaga anak.
Pada masa yang sama, beliau menggesa majikan supaya memastikan penambahan cuti itu tidak menjejas perkembangan kerjaya ibu bapa.
"Dengan adanya cuti ini, kita harus akur setiap anak yang dilahirkan memerlukan penjagaan dan waktu. Jadi berikan mereka waktu yang bersesuaian untuk mereka dapat berehat, menjaga anak mereka dengan penuh kasih sayang. Kembali kepada tempat kerja dengan penuh keyakinan, janganlah jadikan penambahan cuti ini sebagai sesuatu yang membanteras kemajuan mereka", jelasnya.

Seruan itu selari dengan gesaan PM Wong kepada majikan supaya menyokong ibu bapa yang mengambil cuti dan memastikan bahawa menjadi ibu atau bapa tidak menjadi satu kekurangan dalam kerjaya seseorang.
Pemerintah juga akan membayar balik para majikan kos bagi keseluruhan tempoh cuti wajib berkaitan anak, sehingga hadnya pada S$2,500 seminggu.
SOKONGAN HAMPIR S$70,000 BAGI SETIAP ANAK
Dalam ucapannya, PM Wong turut mengumumkan Pakej Bantuan Anak SG yang baharu, di mana setiap anak warga Singapura akan menerima hampir S$70,000 dalam bentuk sokongan kewangan langsung sejak lahir sehingga berusia 17 tahun.
Sokongan itu akan diberikan sepanjang tempoh anak membesar, termasuk menerusi hadiah wang tunai, geran MediSave, Kredit Anak, sumbangan Edusave dan tokokan ke Akaun Pendidikan Posmenengah. Pakej itu akan berkuat kuasa pada 1 April 2027.

Anggota Parlimen GRC East Coast Hazlina Halim menyambut baik langkah tersebut, sambil berkata keperluan terhadap sokongan berterusan bagi keluarga turut dibangkitkan penduduk di kawasan Fengshan.
"Ini memberikan keyakinan untuk keluarga untuk terus membina dan menggalakkan mereka untuk membina keluarga yang lebih besar, kerana sokongan kini disesuaikan dengan isi keluarga ataupun suri rumah", katanya.

Cik Hazlina berkata langkah yang diumumkan merupakan permulaan yang baik, sambil menambah bahawa bentuk sokongan lain boleh dipertimbangkan pada masa akan datang.
"Ada yang memberi pandangan bahawa mungkin sokongan juga boleh bermula lebih awal, yakni dari dalam kandungan lagi. Sokongan dari segi kos perubatan sama ada daripada masa masih lagi hamil sehinggalah kanak-kanak dilahirkan. Kerana kos-kos untuk mungkin mendapatkan perubatan adalah sesuatu yang bertambah dengan lebihnya anak." kata beliau.
LEBIH RAMAI KELUARGA DAPAT AKSES BTO, EC
Sokongan kepada keluarga turut diperluas dalam bidang perumahan.
Had pendapatan bulanan bagi pembelian flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dinaikkan daripada S$14,000 kepada S$16,000, manakala had bagi kondominium eksekutif (EC) dinaikkan daripada S$16,000 kepada S$18,000.

Mulai Februari 2027, keluarga pembeli kali pertama yang mempunyai atau bakal menimang cahaya mata juga akan menerima satu peluang undian tambahan bagi setiap anak warga Singapura, bagi membantu keluarga yang sedang berkembang mendapatkan rumah dengan lebih cepat.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar Zhulkarnain Abdul Rahim berkata perumahan bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, malah menjadi ruang untuk keluarga membesarkan dan mendidik anak-anak.

"Mereka akan mendapatkan peluang yang lebih banyak untuk mendapatkan rumah mereka. Had pendapatan telah dinaikkan, bermaksud bahawa aspirasi keluarga tidak tertekan, dan mereka yang mampu ada anak mungkin dapat memberi peluang untuk membeli rumah idaman mereka", kongsi Encik Zhulkarnain.
Sumber : BERITA Mediacorp/ak
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.