NDR2026: Pemerintah akan perkukuh kerjasama buka lebih banyak peluang bagi masyarakat Melayu/Islam
Pemerintah, menurut Perdana Menteri Lawrence Wong, sedang memperkukuh kerjasama untuk membuka lebih banyak peluang bagi masyarakat Melayu/Islam.
Beliau memberi contoh kerjasama antara PERGAS dan Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME).
Perniagaan-perniagaan pula dapat meraih manfaat daripada kepakaran bahasa, ilmu para asatizah dalam bidang syariah misalnya untuk meneroka pasaran antarabangsa.
SANJUNG SUMBANGAN MASYARAKAT MELAYU KEPADA NEGARA
PM Wong juga menyanjung sumbangan masyarakat Melayu yang memainkan peranan lebih besar untuk negara.
"Hari ini, lebih ramai rakyat Melayu/Islam Singapura mencipta nama dalam
pelbagai sektor. Mereka berkhidmat dengan cemerlang dalam Perkhidmatan Awam, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), badan kehakiman, karyawan, perniagaan dan pelbagai bidang lain," kata PM Wong.
"Mereka menyumbang kepada kemajuan Singapura sambil terus berpegang teguh kepada masyarakat dan warisan mereka. Itulah yang mahu kita lihat – bukan setakat masyarakat Melayu/Islam yang kukuh, malah rakyat Melayu/Islam Singapura yang memainkan peranan lebih besar untuk
Singapura," tambahnya.
PM Wong turut berharap masyarakat Melayu/Islam dapat memberi sokongan padu kepada Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad dan para pemegang jawatan dan Anggota Parlimen Melayu yang lain.
setiap rakyat Melayu/Islam Singapura mencapai potensi masing-masing kerana apabila masyarakat Melayu/Islam berjaya, Singapura juga berjaya. Bersama-sama, marilah kita membina masyarakat Melayu/Islam yang lebih yakin dan Singapura yang bersatu padu dan terus bersinar. Terima kasih!" kata PM Wong sebelum mengakhiri ucapannya dalam Bahasa Melayu bagi Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 (NDR 2026).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.