NDR2026: Mengapa kenaikan had pendapatan BTO bukan sekadar perubahan dasar perumahan
Anggaran Waktu Membaca:
Blok-blok flat HDB di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Kenaikan had pendapatan bagi flat Bina Ikut Tempahan (BTO) mungkin pada pandangan pertama kelihatan seperti perubahan kecil kepada dasar perumahan sedia ada.
Namun, langkah itu bukan sekadar perubahan dasar perumahan dan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas Singapura untuk menggalakkan lebih ramai rakyat mendirikan dan membesarkan keluarga.
Diumumkan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 (NDR2026) pada Ahad (23 Ogos), had pendapatan isi rumah bulanan bagi membeli flat baharu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dinaikkan daripada S$14,000 kepada S$16,000.
SEJAJAR DENGAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN
Perubahan itu memastikan lebih ramai pasangan Singapura terus mendapat akses kepada perumahan awam bersubsidi meskipun pendapatan mereka meningkat.
Pendapatan isi rumah bulanan median mencecah S$12,446 tahun lalu, meningkat secara berterusan daripada S$9,232 pada 2019, apabila had pendapatan BTO kali terakhir dinaikkan daripada S$12,000 kepada S$14,000.
Sebelum itu, had kelayakan tersebut dinaikkan masing-masing sebanyak S$2,000 pada 2015 dan 2011 untuk mengikuti rentak pertumbuhan pendapatan.
Semakan berkala sedemikian penting kerana jika had pendapatan tidak berubah terlalu lama, sebahagian isi rumah mungkin terperangkap antara pasaran perumahan awam dengan privet.
Di bawah had sebelum ini, isi rumah yang berpendapatan sedikit melebihi S$14,000 mungkin dianggap berpendapatan terlalu tinggi untuk layak membeli perumahan awam tetapi belum tentu mampu membeli rumah privet dengan selesa, sedang harga hartanah privet meningkat dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Cabaran serupa boleh berlaku dalam pasaran flat HDB jualan semula, yang turut menyaksikan kenaikan harga secara berterusan selepas pandemik sebelum trend itu berubah pada suku pertama 2026.
Kenaikan had pendapatan itu sekali gus membantu merapatkan jurang tersebut dan memastikan perumahan awam kekal dalam jangkauan golongan yang disasarkan.
SOKONG USAHA BINA KELUARGA
Perubahan itu juga perlu dilihat dalam konteks usaha lebih luas negara untuk menyokong keluarga, yang menjadi antara tumpuan utama NDR2026.
Antara langkah yang diumumkan termasuk penambahan cuti penjagaan anak serta sokongan kewangan bernilai hampir S$70,000 bagi setiap anak warga Singapura sehingga mereka berusia 17 tahun.
Selain kos sara hidup yang meningkat, perumahan juga dikenal pasti sebagai antara pertimbangan yang mempengaruhi keputusan rakyat tempatan untuk mempunyai anak.
Selain memastikan perumahan kekal dimampui rakyat, perumahan awam juga memainkan peranan dalam menyokong pembentukan keluarga.
Keluarga muda perlu yakin bahawa mereka mampu mendapatkan tempat tinggal yang dimampui dan sesuai sebelum mempertimbangkan untuk mempunyai anak.
Lebih daripada sekadar tempat tinggal, rumah menjadi asas bagi sesebuah keluarga untuk berkembang.
Kenaikan had pendapatan terkini, selain geran dan subsidi HDB sedia ada, mencerminkan dua peranan dasar perumahan awam itu.
Perdana Menteri Lawrence Wong turut mengumumkan bahawa mulai Februari 2027, keluarga pembeli kali pertama yang mempunyai atau bakal menimang cahaya mata akan menerima satu peluang undian tambahan bagi setiap anak warga Singapura berusia 18 tahun dan ke bawah.
Langkah itu dijangka meningkatkan dengan ketara peluang mereka mendapatkan flat.
Ia dibina berdasarkan skim sedia ada yang memberi keutamaan kepada mereka yang layak, termasuk kategori Pemohon Kali Pertama (Ibu Bapa dan Pasangan Berkahwin), atau FT(PMC), serta Skim Keutamaan Keluarga dan Keibubapaan.
Namun, sukar untuk menentukan jumlah keluarga pembeli kali pertama yang mempunyai anak tetapi masih belum mendapat flat BTO kerana pasangan lazimnya memohon flat sebelum mula merancang untuk mempunyai anak.
BAGAIMANA PULA KELUARGA PEMBELI KALI KEDUA?
Peluang undian tambahan bagi setiap anak itu tidak diberikan kepada keluarga pembeli kali kedua.
Dalam banyak keadaan, keluarga mungkin mahu berpindah ke flat lebih besar apabila mempunyai lebih ramai anak.
Sebahagian keluarga ini mungkin tidak mampu membeli flat jualan semula atau hartanah privet, namun pada masa sama menghadapi kesukaran mendapatkan flat baharu yang lebih besar untuk menampung keluarga yang semakin berkembang.
HDB sudah meningkatkan kuota peruntukan flat tiga bilik dan lebih besar bagi keluarga pembeli kali kedua sejak Julai tahun lalu.
Namun, kumpulan tersebut masih berdepan kadar permohonan yang tinggi bagi flat baharu.
Sebagai contoh, dalam sesi penjualan BTO pada Jun, kadar permohonan median bagi flat tiga bilik dan lebih besar dalam kalangan keluarga pembeli kali kedua adalah 14.3.
Memandangkan keperluan perumahan berubah mengikut peringkat kehidupan keluarga, dasar perumahan juga perlu mempertimbangkan cara menyokong keluarga sedang mereka berkembang.
BEKALAN FLAT BAHARU PERLU DITINGKATKAN
Bekalan flat baharu akan menjadi penting bagi pemerintah pada masa akan datang.
Kenaikan had pendapatan dijangka meningkatkan permintaan terhadap flat BTO kerana lebih banyak keluarga kini layak memohon.
Para penganalisis hartanah menjangkakan permintaan lebih tinggi bagi sesi penjualan BTO November, yang mungkin menjejas kadar kejayaan permohonan dalam jangka pendek.
Pemerintah sebelum ini menyatakan HDB berkemungkinan melancarkan lebih banyak rumah berbanding komitmen awal sebanyak 55,000 flat BTO dari 2025 hingga 2027.
Pemerintah juga menarik perhatian kepada “hasil yang menggalakkan” daripada usaha meningkatkan bekalan perumahan, termasuk kadar kejayaan lebih tinggi untuk menempah flat BTO, tempoh menunggu lebih singkat serta pasaran jualan semula yang semakin stabil.
Langkah memansuhkan tempoh menunggu 15 bulan bagi pemilik hartanah privet yang mahu membeli flat HDB jualan semula turut mencerminkan keadaan bekalan dan permintaan perumahan awam yang semakin stabil.
Dasar perumahan sahaja tidak boleh diharapkan menjadi satu-satunya penyelesaian untuk menggalakkan rakyat Singapura mempunyai lebih ramai anak kerana isu lain, termasuk penjagaan anak, turut perlu ditangani.
Namun, kebimbangan mengenai kemampuan mendapatkan rumah tidak seharusnya menjadi sebab yang menghalang rakyat daripada membina dan membesarkan keluarga.

LAPORAN BERKAITAN:
Dr Woo Jun Jie ialah Penolong Dekan (Ehwal Akademik) dan Pensyarah Kanan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, Universiti Nasional Singapura (NUS).
Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.