NDR2026: Jawatankuasa Daya Tahan bantu belia Melayu/Islam rebut peluang sektor baharu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah Jawatankuasa Daya Tahan akan mendampingi masyarakat Melayu/Islam bagi membantu mereka membangunkan kemahiran dan merebut peluang ekonomi.
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Melayu di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 (NDR2026) pada Ahad (23 Ogos).
Jawatankuasa itu diterajui oleh dua Anggota Parlimen (AP), Dr Wan Rizal dan Saktiandi Supaat.
Menurut PM Wong, jawatankuasa tersebut sudah menerima banyak idea bernas daripada masyarakat.
"Satu fokus utama ialah membantu belia Melayu/Islam membangunkan kemahiran, menimba lebih banyak pengalaman dan merebut peluang dalam sektor-sektor baharu yang sedang berkembang," kata PM Wong.
Dr Wan Rizal dan Encik Saktiandi sedang mendampingi masyarakat Melayu/Islam daripada pelbagai sektor bagi menterjemahkan saranan daripada Semakan Strategi Ekonomi kepada tindakan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Semakan Strategi Ekonomi adalah pelan hala tuju ekonomi bagi tempoh 10 tahun yang diumumkan pemerintah pada Mei.
Antara bidang yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Daya Tahan ialah sokongan kesihatan mental bagi pekerja yang melalui peralihan kerjaya serta inisiatif daya maju untuk menghubungkan golongan muda dengan industri yang relevan dan masyarakat yang lebih luas.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad dan pasukannya akan mengumumkan usaha-usaha lain kelak.
PM Wong berkata beliau berbesar hati melihat pemegang jawatan yang lebih muda tampil untuk memikul tanggungjawab.
Antaranya Rahayu Mahzam, Zhulkarnain Abdul Rahim dan Dr Syed Harun.
"Mereka membawa bersama pengalaman dari sektor swasta. Pasukan ini bekerjasama dengan baik, dan saya akan terus memperbaharui dan memperkukuh pasukan ini," kata PM Wong.
BAHASA MELAYU SEBAHAGIAN IDENTITI SINGAPURA
PM Wong turut menekankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada identiti Singapura.
"Bahasa Melayu adalah sebahagian daripada identiti Singapura!" katanya.
Beliau berkata, dengan kedudukan Singapura di rantau ini, ada baiknya jika rakyat Singapura belajar Bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu.
Pertalian Singapura dengan rantau ini bukan sahaja mengenai warisan.
Menurut PM Wong, ia turut membantu mengeratkan hubungan dengan negara-negara jiran dan membuka lebih banyak peluang bagi rakyat serta perniagaan Singapura.
SANTUNAN EMAS DIPERLUAS
PM Wong turut mengumumkan program Santunan Emas akan diperluaskan ke Yishun, Sembawang dan Woodlands.
Program itu bermula sebagai usaha sama antara Masjid Al-Muttaqin, Ma:een dan Muhammadiyah bagi membantu warga emas di Ang Mo Kio.
Melalui M³+, mereka menggabungkan kepakaran daripada pelbagai pihak dalam masyarakat.
"Saya gembira untuk mengumumkan mereka akan luaskan usaha ini ke Yishun, Sembawang dan Woodlands. Dengan ini, lebih ramai warga emas dapat meniti usia senja mereka dengan mulia dan lebih bermakna," kata PM Wong.
Menjelang akhir 2026, Santunan Emas menyasarkan untuk memperluaskan jangkauannya kepada hampir 3,000 warga emas setiap minggu merentasi lima masjid di empat kawasan.
KERJASAMA PERGAS-ASME
Satu kerjasama antara Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME) turut diketengahkan.
Melalui inisiatif itu, perusahaan yang dimiliki golongan asatizah boleh memanfaatkan khidmat nasihat, alat digital dan rangkaian perniagaan.
Syarikat-syarikat perniagaan pula dapat memanfaatkan kepakaran bahasa dan budaya masyarakat Melayu apabila berkembang ke pasaran serantau.
PM Wong berkata pelbagai usaha itu sudah membawa perubahan yang ketara, dengan lebih ramai rakyat Melayu/Islam Singapura mencipta nama dalam pelbagai sektor.
Antaranya Perkhidmatan Awam, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), badan kehakiman, golongan karyawan dan perniagaan.
"Mereka menyumbang kepada kemajuan Singapura sambil terus berpegang teguh kepada masyarakat dan warisan mereka.
"Itulah yang mahu kita lihat – bukan setakat masyarakat Melayu/Islam yang kukuh, malah rakyat Melayu/Islam Singapura yang memainkan peranan lebih besar untuk Singapura," kata PM Wong.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.