Skip to main content

Singapura

NDR2025: Warga baharu SG akan ditawarkan program latihan bagi pupuk generasi pemimpin Cina seterusnya

Warga baharu Singapura akan menjalani latihan sebagai sebahagian daripada program memupuk generasi pemimpin masyarakat Cina seterusnya di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Aug 2025 07:14PM Dikemas Kini : 21 Aug 2025 11:20PM
SINGAPURA: Warga baharu Singapura akan menjalani latihan sebagai sebahagian daripada program memupuk generasi pemimpin masyarakat Cina seterusnya di Singapura.

Langkah itu juga adalah sebahagian daripada usaha untuk mengintegrasikan mereka dengan lebih baik lagi.

Program itu diumumkan Perdana Menteri Lawrence Wong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (17 Ogos), di tengah-tengah merosotnya minat terhadap budaya Cina.

Sekitar 100 pemimpin sedemikian akan dilatih dalam masa lima tahun akan datang, menerusi kursus-kursus yang dibiayai pemerintah.

Modulnya termasuk kefahaman tentang pemerintah, dasar dan kepimpinan.

Mereka juga akan berpeluang membina rangkaian dengan para penjawat politik dan pemimpin masyarakat.

Kumpulan pertama yang menjalani latihan itu akan bermula pertengahan tahun depan.

Para peserta akan dicalonkan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat Cina, dan mungkin menyertakan warga yang dilahirkan di Singapura serta warga baharu.

"Saya rasa kita juga dapat mencapai perpaduan sosial dengan lebih baik lagi dan mengintegrasi penghijrah baharu dengan lebih baik, kerana mereka akan dapat idea lebih jelas tentang apa maknanya identiti sebagai orang Cina Singapura.

"Lantaran itu, apa yang berbeza berbanding tempat asal mereka, masyarakat berbeza asal mereka. Lantas, apa perubahan yang perlu mereka lakukan untuk berintegrasi dengan lebih baik ke dalam masyarakat tempatan," kata Pengerusi Kumpulan Perhubungan Masyarkat Cina merangkap Menteri Pembangunan Negara, Chee Hong Tat.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita