NDR2025: PM Wong beri jaminan pemerintah bersama rakyat harungi cabaran mendatang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong akur bahawa keadaan global tidak menentu meningkatkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk Singapura.
Lantas, ketika menyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin pada Ahad (17 Ogos), PM Wong memberi jaminan bahawa pemerintah akan berganding bahu dengan rakyat untuk mengharungi cabaran-cabaran mendatang.
Beliau berkata pemerintah sedang melakukan yang terbaik untuk membantu sektor niaga mencari peluang-peluang baharu, selain mewujudkan peluang pekerjaan yang baik, serta mengurangkan tekanan kos sara hidup.
Namun, beliau menekankan, bantuan seperti baucar CDC dan SG60 yang diagihkan hanya merupakan langkah sementara.
Pada akhirnya, Singapura perlu menyesuaikan strategi ekonominya seiring dunia yang berubah-ubah.
PM Wong juga menekankan matlamat Singapura hanya satu - iaitu mencipta pekerjaan yang baik buat rakyatnya agar dapat terus menikmati pendapatan lebih tinggi serta taraf kehidupan lebih baik.
Lebih banyak perincian akan dikongsi PM Wong semasa ucapannya dalam bahasa Inggeris.
Sementara itu, PM Wong mengumumkan bahawa sebuah program latihan baharu akan dilancarkan untuk memupuk generasi pemimpin masyarakat Cina yang seterusnya.
Tambah PM Wong, pemerintah akan membantu usaha mengatasi cabaran seperti pembaharuan kepimpinan dan kekurangan sumber, terutama cabaran yang membelenggu persatuan-persatuan suku kaum Cina.
Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat diserahkan tanggungjawab untuk menerajui usaha tersebut.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.