NDR2025: Pemerintah komited lestarikan warisan Melayu, buka semula Taman Warisan Melayu pada April 2026
Taman Warisan Melayu (TWM) akan dibuka semula kepada umum mulai Sabtu, 25 April 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Taman Warisan Melayu (TWM) akan dibuka semula kepada umum mulai Sabtu, 25 April 2026.
Ini setelah ditutup lebih tiga tahun untuk menjalani kerja-kerja peningkatan sejak 30 Oktober 2022.
Dalam ucapan bahasa Melayu Rapat Umum Hari Kebangsaan yang disampaikan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Ahad (17 Ogos), ini merupakan antara usaha pemerintah untuk melestarikan warisan Melayu.
"Kami juga akan melaksanakan pelbagai inisiatif baharu bersama masyarakat. Kita ingin melestarikan dan memupuk warisan Melayu. Misalnya, Taman Warisan Melayu akan dibuka semula pada tahun depan. Ia akan ada galeri dan program baharu untuk pamerkan budaya Melayu Singapura yang
kaya dan penuh semangat. Selain membuka semula pusat tersebut, kami juga akan menyegarkan kawasan sekitar Kampong Glam," kata PM Wong.
GALERI BAHARU, NARATIF YANG SEGAR
TWM yang terletak dalam tapak Istana Kampong Gelam kali terakhir menjalani kerja-kerja peningkatan pada 2011.
Kali ini, ia akan menawarkan galeri tetap yang memaparkan artifak-artifak baharu, kajian dan dapatan baharu serta naratif yang lebih segar menerus kisah-kisah yang dikongsi penduduk dan masyarakat Melayu.
Ada juga yang dikongsikan oleh orang Melayu di luar negara dan kisah-kisah mereka telah menyumbang kepada pembentukan identiti Melayu Singapura kontemporari.
Galeri-galeri yang dipertingkat itu juga akan memaparkan generasi perintis yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat dan Singapura.
Selain itu, ada juga pameran tentang kumpulan etnik Melayu seperti budaya dan sistem penulisan mereka.

Lebih banyak naratif daripada kaum Hawa juga akan dipaparkan untuk mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang pendidikan, kesusasteraan dan kesenian.
FESTIVAL PEMBUKAAN SEMULA TWM
Bagi meraikan sambutan pembukaan semula TWM
Festival berskala besar itu akan diadakan di dalam dan luar kawasan TWM di sekitar daerah Kampong Gelam dan melibatkan rakan kongsi masyarakat dan perniagaan di kawas, sebuah festival akan dianjurkan antara 25 April hingga 3 Mei 2026.
an itu.
Menurut TWM, masyarakat boleh menjangkakan pelbagai acara termasuk persembahan budaya, pemasangan menakjubkan dan bengkel-bengkel eksklusif dari siang ke malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/IZ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.