NDR2025: MOM gesa majikan jelaskan peraturan, ambil tindakan terhadap hisap vape di tempat kerja
Anggaran Waktu Membaca:

Penggunaan vape menjadi kebimbangan di tempat kerja di Singapura, dengan majikan dan pekerja perlu menangani isu ini. (Gambar: iStock)
SINGAPURA: Apabila pengurus Cik Su tidak berada dalam pejabat, beberapa rakan sekerjanya mengambil kesempatan untuk menghisap vape di pejabat.
Dalam pasukannya seramai 20 orang, lima atau enam daripadanya menghisap vape, yang menjadikan keadaan tidak selesa apabila mereka menghisap vape dalam ruang yang tertutup.
"Saya rasa mereka lebih berhati-hati menghisap vape di hadapan orang lain yang tidak menghisap vape, namun mereka tetap melakukannya," kata karyawan media itu, yang tidak mahu nama penuhnya diterbitkan.
Beliau menambah kesan akibat pendedahan kepada asap vape adalah "agak buruk".
Asap dari alat pengewap elektronik atau vape mengandungi zarah kecil nikotin, logam dan bahan berbahaya yang lain.
Kesannya serupa dengan pendedahan kepada asap rokok, menurut rencana yang diterbitkan oleh Hospital Mount Elizabeth, dan ia juga dikaitkan dengan penyakit bronkitis dan sesak nafas.
Cik Su berkata beliau tidak sedia maklum tentang sebarang dasar yang melarang penggunaan vape di tempat kerjanya.
"Sukar bagi syarikat-syarikat menguatkuasannya, kerana saya rasa ramai yang menghisap vape sebagai wadah melepaskan tekanan di tempat kerja," katanya.
Walaupun ia dilarang, vape semakin popular di Singapura, menimbulkan kebimbangan kesihatan awam dan perbahasan mengenai norma di tempat kerja.
Produk vape yang berperisa buah-buahan dan kemunculan Kpod yang mengandungi dadah menambah kepada kebimbangan.
Dalam Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (17 Ogos), Perdana Menteri Lawrence Wong berkata Singapura akan meningkatkan penguatkuasaan dan menganggap penggunaan vape sebagai "isu dadah", dengan hukuman lebih berat dikenakan terhadap para penjual produk vape yang memudaratkan itu.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan penggunaan vape adalah satu kesalahan di bawah Akta Tembakau disebabkan bahaya yang ditimbulkannya.
"MOM menggalakkan syarikat-syarikat supaya menetapkan dasar HR mereka sendiri, yang boleh melibatkan tindakan disiplin, bagi menangani situasi di mana pekerja mereka melanggar undang-undang yang melarang penggunaan vape di Singapura," kata jurucakap MOM.
Beberapa pertubuhan sudah pun memperkenalkan peraturan masing-masing.
Kumpulan pendidikan antarabangsa EtonHouse misalnya mempunyai pendirian tidak bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dadah dan merokok, yang digariskan dalam buku panduan pekerja.
"Penggunaan vape dilarang di Singapura dan EtonHouse memandang serius pematuhan terhadap undang-undang tempatan," kata jurucakap syarikat itu.
"Sebarang pelanggaran dasar ini boleh mengakibatkan tindakan disiplin, termasuk dibuang kerja."
Firma tersebut juga mempunyai dasar pemberi maklumat yang meliputi pelanggaran yang boleh dilaporkan, walaupun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai penggunaan vape.
GARIS PANDUAN LEBIH JELAS DIPERLUKAN
Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME) menyatakan lebih banyak syarikat menghadapi cabaran baharu di tempat kerja seperti penggunaan vape. Ia sudah pun menerima maklum balas daripada ahli-ahli yang mahu garis panduan lebih jelas berhubung isu itu.
"Kami menggalakkan perniagaan-perniagaan supaya mengkaji semula dan, jika perlu, mengemaskini buku panduan pekerja untuk menyatakan dengan jelas dasar syarikat berhubung perkara-perkara sedemikian supaya ia jelas dan tidak kabur," menurut ASME.
Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) menyatakan ia menerima "beberapa pertanyaan" sepanjang tahun laludaripada syarikat-syarikat yang berurusan dengan kakitangan yang masih menghisap vape walaupun selepas diberi kaunseling.
Persekutuan itu menyarankan agar syarikat-syarikat melaksanakan dasar yang jelas dan memanfaatkan inisiatif kebangsaan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan dan undang-undang daripada penggunaan vape.
"Langkah-langkah ini bantu melindungi para pekerja daripada terdedah kepada bahan berbahaya, melindungi kesihatan pekerja dan selaras dengan usaha kebangsaan berterusan terhadap vape."
Tindakan disiplin termasuk dibuang kerja boleh diambil jika penggunaan vape masih berterusan walaupun selepas diberi kaunseling dan bimbingan, ia menambah.
Sementara itu, Institut Sumber Manusia Singapura menyatakan beberapa syarikat memperluaskan dasar larangan merokok untuk meliputi penggunaan vape, yang menghapuskan sebarang kekaburan.
Adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk menyatakan pendirian mereka dengan jelas terhadap penggunaan vape bagi menyokong penguatkuasaan adil dan telus, kata CEO Alvin Aloysius Goh, sambil menambah penguatkuasaannya tidak seharusnya terlalu menghukum.
DASAR LARANGAN VAPE
Firma kemudahan hidup berbantu Red Crowns Senior Living menyatakan ia menguatkuasakan peraturan larangan merokok dan vape yang ketat di semua premisnya.
Dasar diperkenalkan sejak syarikat itu ditubuhkan pada 2021, kata CEO Joshua Goh.
Beliau menambah saluran pemberi maklumat tersedia untuk para kakitangan, walaupun ia tidak menerima sebarang laporan tentang penggunaan vape sejauh ini.
Pemilikan dan pengambilan dadah dan produk vape yang diharamkan dilarang secara jelas oleh pengendali prasekolah Busy Bees di bawah dasar alkohol, dadah dan merokok syarikat itu.
"Dasar ini dikaji semula secara berkala, dengan kemas kini terkini selesai dijalankan tahun ini," menurut syarikat itu.
Beberapa pertubuhan lain memberitahu Mediacorp bahawa kakitangan mereka dijangka mematuhi undang-undang Singapura.
Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) menyatakan bahawa semua pegawai awam dijangka mematuhi standard tinggi kelakuan peribadi dan mematuhi undang-undang Singapura.
"Pegawai yang didapati melanggar undang-undang vape akan dikenakan tindakan tatatertib dalaman Perkhidmatan Awam," kata seorang jurucakap, menambah tindakan tatatertib tersebut dilaksanakan di samping hukuman yang dikenakan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) atau pihak mahkamah.
PSD enggan memberi komen lanjut apabila ditanya Mediacorp sama ada tindakan disiplin itu termasuk surat amaran, digantung kerja atau dibuang kerja.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.