NDR2025: Inisiatif Kejiranan Sihat Menua untuk warga emas akan dilancarkan di Toa Payoh
Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas berehat di bangku taman di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Satu inisiatif baharu untuk menyokong warga emas Singapura dengan lebih baik di kawasan kediaman mereka sendiri akan bermula di Toa Payoh, bersama dengan "satu atau dua" kawasan lain yang mempunyai jumlah warga emas yang ramai.
Dipanggil Kejiranan Sihat Menua, skim ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan beliau pada Ahad (17 Ogos).
Kejiranan terpilih akan terletak di dalam estet HDB dan dalam kalangan "penduduk dari semua peringkat umur", dengan pihak berkuasa menguji idea-idea baharu sebelum meningkatkannya secara beransur-ansur.
Matlamatnya adalah untuk menawarkan huraian lain - selain daripada apartmen jagaan masyarakat - kepada isu jagaan jangka panjang dan menyediakan tempat tinggal untuk warga emas yang menua dengan pesat di negara ini.
Apartmen jagaan masyarakat adalah konsep perumahan awam yang menyepadukan reka bentuk perumahan mesra warga emas dengan penjagaan dan perkhidmatan di tapak.
Sambil menarik perhatian bahawa Singapura mungkin mencapai status 'super-aged' - di mana 21 peratus atau lebih ramai penduduknya berumur 65 tahun ke atas - menjelang tahun depan, PM Wong berkata apartmen jagaan masyarakat yang boleh dibina oleh pemerintah adalah terhad.
"Tambahan pula, ramai warga emas tidak mahu berpindah. Mereka sudah tinggal di rumah mereka selama bertahun-tahun. Dan mereka sudah biasa dengan jiran-jiran dan persekitaran mereka," katanya.
"Jadi mereka lebih suka menua di rumah, dan kita perlu menjaga mereka apabila mereka semakin tua."
Perdana menteri berkata pemerintah boleh mengambil "ciri-ciri penting" daripada model apartmen jagaan masyarakat untuk membina Kejiranan Sihat Menua.
CIRI-CIRI UTAMA
PM Wong menyoroti tiga bidang peningkatan di bawah skim ini: Menjadikan titik hubungan fizikal lebih mudah diakses; mengembangkan perkhidmatan berasaskan rumah dan membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih dekat kepada warga emas.
Di Toa Payoh – salah satu bandar tertua di Singapura, dengan hampir satu perempat penduduk berusia 65 tahun ke atas – terdapat 13 Pusat Penuaan Aktif pada masa ini.
Namun, sesetengah warga emas masih perlu berjalan lebih 1 kilometer untuk sampai ke pusat yang terdekat dengan mereka, kata PM Wong. "Jadi, kita akan mengenal pasti tapak-tapak baharu - untuk memastikan ia lebih mudah buat warga emas."
Dengan penambahan ruang, timbul pula kemungkinan lebih banyak kemudahan dan aktiviti seperti tinju tendang (kickboxing) dan senaman kardio menggunakan gendang (cardio drumming), tambah PM Wong.
Menyedari bahawa program-program sedemikian "anehnya" lebih menarik minat kaum wanita, PM Wong berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengadakan kegiatan yang boleh menarik minat kaum lelaki, seperti bengkel pertukangan kayu.
Di bawah Kejiranan Sihat Menua, pemerintah juga akan menambah perkhidmatan berasaskan rumah yang serupa dengan khidmat yang ditawarkan di apartmen jagaan masyarakat.
Warga emas boleh memilih apa yang mereka perlukan, termasuk perkhidmatan seperti pembaikan rumah dan pemeriksaan kesihatan asas.
Warga emas yang mempunyai keperluan tambahan ada beberapa pilihan seperti pengemasan rumah, cuci pakaian dan penghantaran makanan. Mereka juga boleh mendapatkan bantuan untuk kegiatan harian, seperti mandi dan makan.
Kakitangan penjagaan khusus akan membantu menyelaraskan perkhidmatan tersebut dan melawat warga emas secara berkala. Kakitangan itu juga akan menjadi pihak yang pertama bertindak semasa kecemasan.
Rancangan itu juga bertujuan untuk membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan lebih dekat kepada warga emas, kata PM Wong.
Akan ada lebih banyak kemudahan penjagaan untuk mereka yang memerlukan rawatan pemulihan dan fisioterapi.
Hospital awam akan menubuhkan pusat kesihatan dalam masyarakat, di mana jururawat akan dikerahkan ke lapangan dengan lebih kerap.
Jururawat akan melakukan pemeriksaan susulan selepas mereka keluar hospital dan menguruskan ubat-ubat mereka dan warga emas juga boleh singgah untuk mendapatkan jagaan asas dan nasihat tanpa perlu pergi ke klinik.
"Di negara lain, apa yang baru saya huraikan mungkin dianggap sebagai 'kampung persaraan'. Namun, di Singapura, kita tidak mahu warga emas kita tinggal di tempat yang berasingan dan terpencil," kata PM Wong.
Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Kesihatan (MOH) akan berkongsi lebih banyak butiran mengenai Kejiranan Sihat Menua apabila ia sedia kelak.
Pada tahun 2023, Singapura mengumumkan Sihat Menua SG, sebuah program negara untuk membantu warga emas menjalani kehidupan yang lebih aktif dan bermakna. Ia dilancarkan sebagai pelengkap kepada SG Lebih Sihat, inisiatif kebangsaan yang bertujuan untuk membantu rakyat Singapura menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.