Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR2022: WP iktiraf hak bagi layanan sama rata di bawah undang-undang

Menyusuli pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, WP menjelaskan ia menghormati hak kumpulan-kumpulan lain untuk mengadakan dan membincangkan kedudukan mengikut nurani mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
NDR2022: WP iktiraf hak bagi layanan sama rata di bawah undang-undang

Orang ramai di kawasan CBD pada 25 Mac 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 22 Aug 2022 08:01AM Dikemas Kini : 22 Aug 2022 09:09AM
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) mengiktiraf hak asasi manusia untuk hidup bebas daripada ketakutan dan diskriminasi serta dilayan dengan sama rata di bawah undang-undang, menurut parti tersebut dalam kenyataannya pada Ahad (21 Ogos) sebagai respons kepada ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"Atas dasar yang sama, kami juga menghormati hak kumpulan-kumpulan lain untuk mengadakan dan membincangkan kedudukan mengikut nurani mereka," jelasnya.

Dalam ucapannya, PM Lee berkata Singapura akan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, iaitu undang-undang yang menjatuhkan hukuman ke atas hubungan seks sesama lelaki, sambil menambah pemerintah juga akan meminda Perlembagaan untuk melindungi definisi perkahwinan - kini diiktiraf undang-undang sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita - daripada dicabar di mahkamah.

Dalam kenyataannya, WP menambah bahawa Singapura adalah masyarakat majmuk yang merangkumi pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa.

"Memenuhi keperluan bersama dan toleransi adalah pertimbangan penting bagi perundangan dalam konteks kami," jelas WP.

Parti tersebut juga menyatakan pihaknya akan menyertai perbahasan di parlimen berhubung pemansuhan Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan pindaan yang diusulkan bagi Perlembagaan berhubung perkahwinan.

WP turut menarik perhatian meskipun isu-isu 377A dan definisi perkahwinan isu-isu sangat penting bagi masyarakat, terdapat isu-isu lain yang dihadapi negara ini.

"Inilah masa apabila paras tinggi inflasi dan kos sara hidup terus menjejas isi rumah Singapura, terutama sekali mereka yang bergaji tetap dan berpendapatan rendah hingga sederhana," tulis kenyataan itu.

WP juga mengulangi gesaan yang dibuat di parlimen bagi perubahan khusus untuk menangani "keprihatinan harian".

Parti itu juga mencadangkan untuk mengukuhkan lagi dolar Singapura bagi menjadikan import negara ini lebih murah dan bagi menjual bon-bon dengan tempoh yang lama untuk mengurangkan pelaburan berspekulasi bagi menangani inflasi.

"Selain itu, kita harus terus memerhatikan harga aset; berbelanja untuk menyokong mereka yang paling terjejas dalam tempoh sementara dalam kalangan kita; dan membantu secara kewangan dengan memberi rebat kepada sebarang keuntungan cukai sekali saja," kata WP.

Sehubungan itu, WP mengesahkan lagi kedudukannya terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia "menambah kepada inflasi pada masa di mana ia benar-benar tidak diperlukan".
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan