NDR2022: Tiada perubahan pada undang-undang & dasar susuli pemansuhan Seksyen 377A, kata DPM Wong

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong sewaktu wawancara bersama CNA pada 22 Ogos 2022
SINGAPURA: Pemerintah berikrar untuk terus menegakkan dasar-dasar tertumpu kepada keluarga dan ia komited sepenuhnya kepada sesebuah perkahwinan ditakrifkan antara lelaki dengan wanita.
Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata ini tidak akan berubah di bawah pemerintah Perdana Menteri Lee Hsien Loong ataupun di bawah pentadbiran beliau jika Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang Pilihan Raya Umum seterusnya.
Ketua pemimpin 4G PAP itu juga menekankan perlunya untuk bertolak ansur dan mengawal keadaan meskipun orang ramai berpandangan yang berbeza-beza.
"Kami akan terus menegakkan perkahwinan ditakrifkan sebagai antara lelaki dan wanita. PM sendiri berkata dengan jelas dalam ucapannya bahawa pemerintah PAP tidak akan merubah takrifan sekarang perkahwinan. Jadi ini tidak akan berubah, tidak akan berlaku di bawah Perdana Menteri sekarang dan tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya jika PAP menang Pilihan Raya Umum seterusnya.
"Akhir sekali, saya menggesa semua untuk mengawal diri dan bertolak ansur. Saya tahu ini adalah isu-isu yang ramai orang penuh beremosi tetapi jika satu pihak berkeras, pihak lain akan terus bertindak dan masyarakat akhirnya akan berpecah-belah," ujar Encik Wong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.