NDR2022: S'pura tidak pilih mana-mana pihak berhubung persaingan geopolitik; perlu tegas dalam pendirian kita
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan Singapura tidak memilih pihak berhubung persaingan geopolitik.
Dalam ucapan dalam bahasa Mandarin dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (21 Ogos), PM Lee turut menjelaskan mengapa Singapura mengambil pendirian tegas dan mengutuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Sebagai sebuah negara paling kecil dalam ASEAN, PM Lee berkata kepentingan Singapura adalah berbeza dengan negara-negara lain.
Beliau menambah sedang majoriti rakyat Singapura memahami pendirian pemerintah, ada yang mempersoalkan perlunya menegur negara-negara lain.
Menurut PM Lee, ia bukan mengenai berpihak kepada mana-mana negara. Kita, kata Encik Lee, bukan menyokong Amerika Syarikat atau menentang Rusia tetapi kita perlu tegas dalam pendirian kita dan mempertahankan prinsip-prinsip dengan kuat.
Tambah PM Lee, kita tidak boleh berpendirian tidak jelas. Malah, kita percaya kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, besar atau kecil, harus dihormati.
Prinsip-prinsip tersebut, menurut PM Lee, wujud bagi semua negara tetapi terutama bagi sebuah negara kecil seperti Singapura.
Singapura secara konsisten membantah pendekatan "kuat adalah betul", kata PM Lee.
"Singapura mengundi menentang Amerika di PBB apabila Washington mencerobohi Grenada pada 1983," kata PM Lee.
Singapura juga membantah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada 1978.
PM Lee berkata jika kita tidak bertegas dan mengambil pendirian jelas mengenai krisis Ukraine, sekiranya Singapura dicerobohi satu hari kelak, tiada sesiapapun yang akan bangkit untuk bersuara untuk kita.

Sumber : CNA/AA/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.