NDR2022: PM Lee iktiraf 3 petugas barisan hadapan Melayu/Islam atas peranan penting lawan COVID-19
.jpg?itok=AWHYIJ6z)
Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Staf Sarjan Muhammad Rizwan Ismail (kiri), jururawat staf kanan di Institut Sains Neuro Nasional, Nur Nazaria Baharudin (tengah) serta Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam dan doktor di Hospital Besar Ng Teng Fong, Dr Norhisham Main (kanan). (Gambar-gambar: MCI)
Ini termasuk merawat para pesakit, menguruskan kemudahan-kemudahan kuarantin, mengendalikan operasi ujian dan vaksinasi serta melindungi sempadan Singapura.
Mereka terdiri daripada pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Staf Sarjan Muhammad Rizwan Ismail, Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam dan doktor di Hospital Besar Ng Teng Fong Dr Norhisham Main serta jururawat staf kanan di Institut Sains Neuro Nasional, Nur Nazaria Baharudin.
Menyentuh tentang sumbangan Staf Sarjan Rizwan, PM Lee berkata penerbangan sulung yang membawa balik rakyat Singapura dari Wuhan mendarat di Lapangan Terbang Changi semasa pandemik mula meletus.
Bagi Dr Norhisham pula, jelas PM Lee, beliau merawat ramai pesakit dan giat berkhidmat kepada masyarakat Melayu/Islam untuk menjelaskan tentang perkembangan COVID-19, walaupun di luar masa bertugas.
"Beliau berjaya melegakan keprihatinan dan kebimbangan mereka mengenai virus ini serta membantu masyarakat untuk menyokong langkah keselamatan kita," kata PM Lee.
Beliau juga mengiktiraf jururawat staf kanan Cik Nazaria Baharudin, yang menawarkan diri untuk berkhidmat di barisan hadapan secara sukarela sebanyak tiga kali.
PM Lee berkongsi dedikasi dan sumbangan wanita itu: "Cik Nazaria membantu merawat ribuan pekerja hijrahan yang tinggal di dormitori dan di CCF@EXPO. Tugasnya sangat berat – waktu kerja yang panjang, lengkap memakai PPE.
Hakikatnya, kata PM Lee, terdapat banyak lagi contoh individu Melayu/Islam yang menyumbang dengan cara mereka tersendiri untuk menjaga keselamatan rakyat Singapura.
Namun yang jelas, semua ini dapat dicapai hasil usaha bersama rakyat Singapura dalam memerangi COVID-19 sehingga masyarakat Melayu/Islam dapat mencapai kemajuan yang baik.
KEMAJUAN MASYARAKAT MELAYU/ISLAM TAHUN INI
PM Lee turut menarik perhatian kepada pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat beberapa hari sebelum Ramadan tahun ini yang disambut baik oleh masyarakat Melayu/Islam.
Malah beliau berkongsi bahawa beliau sendiri berpeluang mengunjungi Masjid Al-Muttaqin semasa bulan Ramadan.
Semasa kunjungannya itu, PM Lee sempat berjumpa para sukarelawan, yang melahirkan rasa gembira kerana kegiatan masjid, seperti solat tarawih dan solat Jumaat dapat ditunaikan semula, hampir seperti sebelum pandemik, kata PM Lee.

"Dan pastinya, kita tidak dapat melupakan kemeriahan suasana menjelang Hari Raya di bazar-bazar Ramadan. Saya sendiri, sekali lagi, sempat jalan-jalan di bazar Geylang Serai dan mengambil gambar-gambar ini," kongsi beliau.

Ini disusuli dengan kemeriahan semasa Hari Raya yang disambut dengan ceria bersama sanak saudara dan sahabat handai, tambah beliau.
"Sumbangan masyarakat Melayu/Islam semasa pandemik menjadi bukti kemajuan dan kejayaan kita sekalian, betapa kita bersepadu dalam masyarakat majmuk Singapura," kata PM Lee.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.