NDR2022: Pemerintah siap lakukan lebih lagi jika kos sara hidup bertambah buruk, jamin PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pemerintah bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi sekiranya kenaikan kos sara hidup bertambah buruk, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (21 Ogos).
Bercakap di Rapat Umum Hari Kebangsaan, Encik Lee akur bahawa kos sara hidup adalah sesuatu yang memjadi keprihatinan ramai.
Malah sebelum perang Rusia-Ukraine, inflasi sudah pun menjadi satu masalah, katanya. Pandemik COVID-19 telah mengganggu rantaian bekalan dan mendorong negara maju untuk melancarkan pakej perbelanjaan yang besar. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari memburukkan keadaan dengan mengganggu bekalan minyak, gas dan bijirin, sekali gus menaikkan harga global.
Perdana Menteri berkata, Pemerintah "melakukan segala yang perlu" untuk membantu rakyat Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan sederhana dan rendah.
Ini termasuk pembayaran tunai, rebat di bawah skim Baucar-U Save GST dan untuk yuran perkhidmatan dan penyenggaraan, baucar Majlis Pembangunan Masyarakat dan tokokan MediSave.
Semua ini bermakna keluarga berpendapatan sederhana dengan dua anak kecil dan tinggal di flat HDB empat bilik boleh menjangkakan bantuan tambahan S$2,200 pada tahun kewangan ini. Keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di flat HDB tiga bilik pula boleh menjangkakan bantuan tambahan sekitar S$3,700.
"Bantuan ini tidak akan menampung sepenuhnya setiap kenaikan kos, tetapi ia akan membantu meringankan sedikit beban isi rumah Singapura," kata Encik Lee. "Dan jika keadaan bertambah buruk, kami bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi."
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga telah mengetatkan dasar kewangan sebanyak empat kali sejak Oktober tahun lalu, membolehkan mata wang Singapura untuk menjadi lebih kukuh.
Dolar Singapura yang lebih kukuh membuat kos perjalanan ke luar negara lebih berpatutan dan barangan import lebih murah. Tetapi terdapat "had" dalam melaksanakan pendekatan ini, kata Encik Lee, sambil menrik perhatian bagaimana mata wang yang lebih kukuh juga menjadikan eksport negara lebih mahal dan kurang kompetitif berbanding negara lain.
"Jadi kita perlu berhati-hati supaya tidak melakukan sesuatu secara berlebihan," katanya.

KEADAAN EKONOMI GLOBAL TELAH BERUBAH
Mengenai ekonomi, Encik Lee berkata Singapura telah bangkit dengan kuat daripada pandemik COVID-19 dengan kebanyakan sektor semakin pulih.
Walaupun perang di Ukraine telah menjejas masa depan ekonomi, pihak berkuasa masih menjangkakan pertumbuhan positif tahun ini. Anggaran rasmi ekonomi bagi 2020 ialah antara 3 dengan 4 peratus.
Namun "hakikatnya ialah keadaan ekonomi antarabangsa telah berubah", kata Encik Lee.
Encik Lee menyifatkan dekad baru-baru ini sebagai "tempoh luar biasa" dengan globalisasi, perdagangan antarabangsa menyaksikan pertumbuhan pesat, ekonomi China
berkembang dengan pantas dan mengeksport barangan pada harga kompetitif kepada dunia.
Namun, "era ini sudah berlalu" sedang pertubuhan dan eksport China kian perlahan. Beberapa negara khususnya Amerika Syarikat dan China menaikkan tarif antara satu sama lain manakala negara meneroka semula rantaian bekalan untuk mengutamakan nilai daya tahan dan tidak bergantung pada sumber bekalan dari luar. Sementara itu, syarikat-syarikat memilih pendekatan "berjaga-jaga" berbanding "tepat masanya".
Kesemua trend ini meningkatkan kos dan menyebabkan inflasi naik termasuk di Singapura, Encik Lee berkata, sambil menambah Singapura tidak "mempunyai pengaruh besar terhadap inflasi global".
"Apa yang ada dalam kuasa kita adalah untuk menjadi lebih produktif dan berdaya saing. Dengan itu, pekerja kita akan peroleh gaji lebih besar, dan dapat menampung harga makanan, bahan api dan import lain yang lebih tinggi," kata Perdana Menteri.
Untuk mencapainya, Singapura harus terus meningkatkan ekonomi dan meneruskan dasar penyusunan semula, gandakan usaha transformasi dan mengalakkan pekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka, kata Encik Lee.
Selain daripada harga yang meningkat, ada juga gangguan bekalan fizikal termasuk larangan eksport ayam dari Malaysia. Indonesia pula menghentikan buat sementara eksport minyak sawit apabila harga minyak masak yang tinggi menjadi isu politik. India juga baru sahaja melarang eksport gandum untuk kekalkan harga gandum domestik.
"Di bawah tekanan serta berdepan dengan kekurangan bekalan makanan dan harga yang meningkat, pemerintah akan mengutamakan keperluan domestik mereka," kata Encik Lee. "Jadi kita harus jangkakan lebih banyak tindakan sedemikian yang akan menjejas kita."
Meskipun Singapura dengan ekonomi yang kecil dan terbuka bergantung kepada import, ia bukan negara yang "tidak berdaya" kerana pihak berkuasa dengan secara aktif, mempelbagaikan sumber import negara ini.
Ini termasuk mempunyai simpanan makanan dan keperluan perubatan yang mencukupi, melabur dalam bidang tekonologi pertanian untuk menjadikan ladang tempatan lebih produktif dan cekap, serta teruskan matlamat untuk menghasilkan 30 peratus daripada keperluan makanan di sini menjelang 2030.
Usaha itu digandakan semasa pandemik, kata Encik Lee.
"Untuk memastikan bekalan lebih berdaya tahan, memerlukan kos. Membeli daripada pelbagai sumber bermakna kita tidak hanya beli daripada sumber paling murah atau mudah. Mengekalkan stok bekalan memerlukan wang dan ruang.
"Tetapi kita harus menganggapnya sebagai membayar insurans."

Sumber : CNA/HY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.