NDR2022: Langkah lindungi definisi perkahwinan 'mengecewakan', kata kumpulan LGBTQ
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Nuria Ling/TODAY)
SINGAPURA: Kumpulan yang memperjuangkan hak LGBTQ pada Ahad (21 Ogos) menyatakan langkah Pemerintah untuk memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan sudah lama dinantikan.
Ia menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong sebagai "detik bersejarah".
Sungguhpun demikian, kumpulan-kumpulan tersebut juga menyuarakan rasa kecewa bahawa pindaan akan dilakukan kepada Perlembagaan untuk mencegah sebarang cabaran terhadap undang-undang sedia ada perkahwinan pada masa akan datang, sambil menyatakan ia mencetuskan "lebih banyak diskriminasi dalam undang-undang tertinggi".
Semalam, PM Lee mengumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan bahawa Seksyen 377A, iaitu undang-undang yang menganggap hubungan seks semasa lelaki sebagai satu jenayah, akan dimansuhkan.
Dalam satu kenyataan media bersama oleh 20 kumpulan yang memperjuangkan hak LGBTQ, termasuk Pink Dot SG, Oogachaga dan Young Out Here, kumpulan itu menyatakan: "Pemansuhan Seksyen 377A, meskipun sudah lama dinantikan, merupakan satu titik perkembangan besar dan kenyataan penting bahawa diskriminasi dibenarkan negara tiada tempat di Singapura."
Kumpulan itu menambah, bagi mereka dalam masyarakat yang pernah dibuli, dipinggirkan dan diganggu "disebabkan" undang-undang tersebut, pemansuhannya "akhirnya membolehkan kita memulakan proses mengubati perasaan terluka itu".
Beberapa pemimpin kumpulan hak LGBTQ juga hadir di Rapat Umum Hari Kebangsaan yang diadakan di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal di Ang Mo Kio.
"KECEWA" DENGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI LINDUNGI DEFINISI PERKAHWINAN
Meskipun kumpulan-kumpulan tersebut menyambut baik pemansuhan Seksyen 377A, mereka menyuarakan rasa kecewa berhubung pindaan Perlembagaan yang akan dilakukan untuk mencegah sebarang cabaran terhadap definisi sedia ada institusi perkahwinan.
Menerusi kenyataan media bersama itu, mereka berkata: "Sebarang langkah oleh Pemerintah untuk memperkenalkan pindaan kepada undang-undang atau Perlembagaan, yang seolah-olah menggambarkan golongan LGBTQ+ sebagai rakyat tanpa hak sama rata adalah mengecewakan."
Menggesa pemerintah supaya jangan menuruti seruan golongan konservatif yang mahukan pentakrifan perkahwinan termaktub dalam perlembagaan negara.
"Keputusan sedemikian akan menggugat unsur-unsur sekular Perlembagaan kita, terus mencetuskan diskriminasi pada undang-undang tertinggi dan menjadikan Parlimen masa akan datang terikat dengan tuntutan golongan itu."
Pengasas bersama kumpulan sokongan belia LGBTQ, Young Out Here, bersetuju dan berharap "lebih banyak perbicangan" boleh dilakukan pada masa akan datang berhubung pindaan perlembagaan itu, antara masyarakat dengan Pemerintah bagi "mewujudkan lebih banyak pemahaman untuk masyarakat kami dan kesukaran yang kami lalui".

Sumber : Today/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.