Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR2022: Langkah-langkah baru akan diperkenalkan untuk lindungi perkahwinan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah bakal memperkenalkan beberapa langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk melindungi pendirian berhubung perkahwinan. 

Langkah-langkah itu juga akan diperluaskan untuk meliputi undang-undang dan dasar-dasar pemerintah.

Pengumuman ini dibuat sehari selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata di Rapat Umum Hari Kebangsaan bahawa Seksyen 377A, iaitu undang-undang yang menetapkan hubungan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah, akan dimansuhkan.

"Secara amnya, Singapura kekal sebagai masyarakat yang konservatif. Tetapi pada masa yang sama, sikap terus berubah terutama sekali dalam kalangan rakyat muda yang lebih menerima golongan LGBT. 

"Malah, dalam kalangan mereka yang mahu mengekalkan 377A seperti yang dikatakan PM semalam (21 Ogos), kebanyakannya tidak mahu ia dikuatkuasakan secara aktif dengan hukuman jenayah kerana mereka mengiktiraf bahawa seksualiti, orientasi seksual dan tingkah laku seseorang adalah pilihan peribadi dan tingkah laku seseorang tidak sepatutnya menjadi kesalahan jenayah," jelas Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong. 

"Pemerintah akan memansuhkan 377A dan kesannya adalah untuk menghapuskan seks sesama lelaki sebagai satu jenayah. 
Pada masa yang sama, kita juga akan mengusulkan pindaan kepada Perlembagaan untuk mempertahankan takrifan perkahwinan sedia ada, sebagai antara seorang lelaki dan seorang wanita dan melindunginya daripada cabaran perlembagaan," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia selaku Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong. 

"Perlindungan ini juga akan diperluaskan kepada undang-undang dan dasar-dasar lain yang bergantung kepada takrifan perkahwinan sekarang, seperti perumahan awam, pengambilan anak angkat, kurikulum, pengiklanan dan lain-lain lagi. 

"Ini akan membolehkan pemerintah untuk terus menggubal undang-undang dan dasar-dasar sosial yang bergantung kepada perkahwinan heteroseksual sebagai asasnya tanpa dicabar di mahkamah atas dasar perlembagaan. 

"Kami berpendapat secara bersama-sama, ini merupakan pakej pindaan yang mencerminkan keseimbangan kepentingan yang baik antara mereka yang merasakan seks sesama lelaki tidak seharusnya menjadi jenayah, dan majoriti rakyat Singapura yang masih berpegang teguh kepada nilai-nilai keluarga dan perkahwinan tradisional," tambah Encik Tong. 

Sumber : CNA/IA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan