NDR2022: Kumpulan agama rasa terjamin ada rancangan lindungi definisi perkahwinan susuli pemansuhan 377A
Sebilangan kumpulan agama tetap melahirkan keprihatinan terhadap kesan memansuhkan undang-undang yang menjatuhkan hukuman ke atas hubungan seks sesama lelaki.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin dan kumpulan-kumpulan agama mendedahkan mereka berasa terjamin oleh rancangan pemerintah untuk melindungi definisi perkahwinan dalam Perlembagaan, tetapi sebilangan mereka menyuarakan keprihatinan terhadap kesan memansuhkan undang-undang yang menjatuhkan hukuman ke atas hubungan seks sesama lelaki.
Mereka berkata demikian sebagai memberi respons kepada pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (21 Ogos), bahawa Seksyen 377A akan dimansuhkan. Seksyen itu sudah lama dipertikaikan oleh golongan LGBTQ dan para penyokongnya.
Gereja Katolik Roman memuat naik catatan di lamannya dan di Facebook dengan menyatakan pihaknya berasa tenang oleh jaminan PM Lee bahawa perlindungan ke atas perkahwinan "akan dipandang serius di parlimen".
Pejabat perhubungan Ketua Paderi William Goh, iaitu pemimpin Gereja Katolik di sini menyatakan: "Berhubung pemansuhan Seksyen 377A, kami tidak mahu menjatuhkan hukuman ke atas (masyarakat) LGBTQ kerana mereka juga... disayangi Tuhan.
"Bagaimanapun, kami memohon perlindungan bagi keluarga dan perkahwinan mengikut hukum alam; dan hak kami untuk mengajar dan mengamalkannya tidak dihalang.
"Kita tidak boleh membiarkan diskriminasi yang sebaliknya berlaku terhadap mereka yang percaya bahawa definisi perkahwinan adalah antara seorang lelaki dan seorang wanita".
Lantaran itu, perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang wanita perlu "ditetapkan dan didefinisikan dalam Perlembagaan Singapura sebelum Seksyen 377A dimansuhkan", tambahnya, bagi memastikan perlindungan itu tidak dicabar dengan mudah.
Sebilangan pemimpin agama turut hadir di Rapat Umum Hari Kebangsaan yang berlangsung ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal di Ang Mo Kio.
Bercakap kepada media selepas rapat umum itu, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata beliau berbesar hati pemerintah akan melindungi definisi perkahwinan dalam Perlembagaan bagi mencerminkan norma masyarakat Singapura.
"Kami berharap mereka yang menolak pandangan kami berhubung seksualiti dan perkahwinanan boleh memahami mengapa kumpulan agama seperti masyarakat Islam mahu menjaga dan mengukuhkan institusi perkahwinan."
Dr Nazirudin berkata kumpulan-kumpulan agama harus terus bekerjasama dengan pemerintah untuk mengukuhkan institusi perkahwinan dan keluarga bagi mendidik masyarakat tentang nilai-nilai agama.
Sekalipun demikian, perbezaan mesti dihormati bagi memastikan masyarakat kekal bersatu padu, jelasnya.

Sehubungan itu, pengerusi Lembaga Penasihat Sikh Malminderjit Singh berkata kata sepakat para pemimpin Sikh adalah bahawa perkahwinan di bawah kod tatalaku Sikh haruslah antara seorang lelaki dengan seorang wanita.
"Pada masa yang sama, nilai-nilai penting lain Sikh termasuk nilai kasih sayang, belas kasihan, kesamarataan dan sikap inklusif," kata beliau.
Beliau juga menyifatkan pemansuhan itu sebagai langkah yang bersifat praktikal dan mencapai imbangan yang baik.
Venerable Seck Kwang Phing, iaitu presiden Persekutuan Penganut Buddha Singapura, berkata membutirkan definisi perkahwinan dalam Perlembagaan adalah langkah yang baik untuk mencegah lebih banyak cabaran di mahkamah, yang akan menyebabkan pecah belah dalam masyarakat.
"Saya rasa rakyat Singapura berasa terjamin dan bersedia menjadi lebih inklusif; untuk menghormati, untuk menerima perbezaan supaya mereka boleh mempamerkan belas kasihan kepada orang lain," tambahnya.
Encik Rajan Krishnan, pengerusi Lembaga Penasihat Hindu dalam kenyataannya menjelaskan lembaga itu bersetuju dengan keputusan untuk memansuhkan undang-undang tersebut kerana tingkah laku privet seseorang adalah hak mereka sendiri.
"Semua orang harus dilayan sama rata sebagai sebahagian daripada ciptaan Tuhan, tanpa mengira orientasi seksual mereka," jelasnya. "Ini harus diterima dan dihormati, asalkan mereka bertindak mengikut undang-undang dan tidak menyebabkan bahaya kepada orang lain dalam masyarakat."
Bagaimanapun, Encik Rajan berkata pemansuhan Seksyen 377A adalah isu berasingan daripada definisi perkahwinan.
Perkahwinan, kata beliau, haruslah berlaku antara seorang lelaki dengan seorang wanita, dan bahawa kedudukan itu harus dilindungi.
"Sebarang langkah untuk merasmikan, memperkukuh dan melindungi definisi ini... dialu-alukan."

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.