NDR2022: Kandungan LGBT terus perlukan rating usia lebih tinggi meski 377A dimansuh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kandungan media LGBT akan terus memerlukan rating usia yang lebih tinggi meskipun Pemerintah Singapura memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Demikian menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) hari ini (22 Ogos).
Menjawab pertanyaan media selepas pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengenai pemansuhan undang-undang, yang menganggap hubungan seks sesama lelaki sebagai jenayah, MCI mengesahkan pendirian Pemerintah bahawa ini "tidak bermakna kita sedang mengubah sikap masyarakat".
"Pendirian ini juga ditetapkan bagi dasar-dasar kami berhubung kandungan media," menurut MCI.
Kementerian itu menyatakan pihak berkuasa mengawal selia kandungan media untuk melindungi penonton lebih muda daripada kandungan-kandungan yang tidak sesuai, di samping membolehkan penonton matang membuat pilihan dengan pengetahuan mengenai kandungan-kandungan yang disediakan.
"Kandungan media dengan jangkauan dan kesan yang lebih meluas tertakluk kepada syarat-syarat lebih ketat," tambah MCI.
Untuk memahami pandangan masyarakat, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sering merujuk kepada jawatankuasa penasihat, yang terdiri daripada orang awam dari pelbagai latar belakang, tentang tajuk-tajuk tertentu serta garis panduan dan peraturan kandungan.
"Pendekatan kawal selia kandungan kami perlu sensitif kepada norma-norma dan nilai-nilai masyarakat," menurut MCI.
"Kami akan terus mengambil rujukan daripada norma-norma sedia ada. Kandungan media LGBT akan terus memerlukan rating usia yang lebih tinggi."
KLASIFIKASI MEDIA
Di bawah kod kandungan IMDA bagi televisyen, misalnya, ia menyatakan bahawa penyedia khidmat perlu mempertimbangkan pentingnya keluarga sebagai unit asas masyarakat, dan institusi perkahwinan harus dihormati.
Dalam penilaian bagi filem, IMDA mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk keganasan, adegan tanpa pakaian dan seks.
Kod kandungan itu menyatakan bahawa filem-filem yang memaparkan "seksualiti alternatif" seperti homoseksual "harus sensitif kepada nilai-nilai masyarakat".
"Filem-filem yang berkisar tentang seksualiti alternatif mungkin dikasifikasikan pada rating tertinggi, iaitu R21. Paparan kegiatan seks yang tidak secara terang-terangan antara individu sejantina mungkin diletakkan rating R21," menurut kod tersebut, sambil merujuk kepada kandungan yang dihaskan hanya kepada mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas.
Rating M18 - yang hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas - mungkin diberikan kepada filem-filem dengan tema homoseksual atau kandungan sebagai plot sampingan, "jika berhati-hati dalam paparannya dan tidak sewenang-wenangnya".
Di bawah Akta Filem, kandungan yang tidak dibenarkan termasuk "yang menggalak homoseksualiti" dan "paparan berlebihan kegiatan seks antara individu sama jantina".

Pada Jun, filem animasi Disney, Lightyear, ditayangkan di Singapura dengan rating NC16 disebabkan "paparan ketara homoseksual".
Filem itu, yang memaparkan pasangan sama jantina, mengandungi "beberapa babak watak utama wanita dan pasangannya yang baru memulakan sebuah keluarga dan melalui peristiwa-peristiwa berbeza dalam kehidupan mereka", menurut IMDA pada waktu itu.
Ia merupakan filem animasi pertama kanak-kanak yang diberikan rating NC16 di Singapura disebabkan kandungan LGBTQ.
Menurut IMDA, Disney menolak pilihan menayangkan dua versi filem tersebut di bawah sistem dwirating, yang membolehkan penonton lebih muda menyaksikan versi dengan rating lebih rendah.

Sumber : CNA/NK/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.