NDR 2024: Program GEP diperbaharui sejajar keperluan lebih ramai pelajar, semua sekolah rendah tawar program keupayaan tinggi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Raydza Rahman/CNA)
SINGAPURA: Pemerintah komited untuk menyediakan laluan berbeza dalam pendidikan dan serius tentang menyokongnya dengan menyediakan sumber-sumber yang diperlukan.
Perdana Menteri Lawrence Wong mengumumkan perubahan yang bakal diterapkan di setiap sekolah rendah serta tawaran khusus yang disesuaikan demi memenuhi keupayaan rakyat Singapura yang pelbagai.
Encik Wong berkata demikian dalam ucapan pertama beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan yang disampaikan pada Ahad (18 Ogos), di ITE Kolej Tengah.
PM Wong akur, rakyat Singapura akan sentiasa punya pilihan mereka sendiri apabila melibatkan soal persekolahan.
Pun begitu, pemerintah kekal komited untuk menyokong setiap sekolah sebaik mungkin.
Sekolah dengan lebih ramai pelajar dari latar belakang kurang berkemampuan atau bantuan pembelajaran lebih tinggi akan menerima rangsangan.
Mereka akan mendapat lebih banyak pendanaan, guru dan juga kakitangan.
Ini selain bantuan meningkat untuk menubuhkan rangkaian sosial yang boleh dimanfaatkan pelajar pada hari muka.
Terdapat juga pendekatan baharu untuk memperkasa para pelajar dengan keupayaan lebih tinggi.
Program Pendidikan Bijak (GEP) di sekolah rendah akan diperbaharui.
Pelajar sedemikian tidak lagi perlu berpindah ke sekolah yang menawarkan GEP, mereka boleh kekal di sekolah sendiri dan "terus menjalin persahabatan dengan rakan-rakan dan guru mereka," tambahnya.
"Kami akan melengkapi sekolah dengan kemahiran untuk mengenal pasti sendiri pelajar bijak mereka. Setiap sekolah rendah akan menjalankan program sendiri untuk mengembangkan potensi pelajar-pelajar ini berdasarkan kekuatan serta minat mereka," kata PM Wong.
Pelajar berkebolehan tinggi juga mungkin disediakan kelas pengayaan lanjutan dalam subjek-subjek tertentu.
Ini akan dilakukan selepas waktu kurikulum di sekolah berdekatan.
GEP diperkenalkan pada 1984. Untuk mengenal pasti program yang sesuai bagi pelajar, dua latihan dijalankan ketika mereka berada di Darjah 3, dan mereka yang dipilih akan dijemput untuk menyertai program tersebut mulai Darjah 4.
Program itu menerima kira-kira 1 peratus daripada setiap kohort setiap tahun, atau 400 hingga 500 pelajar. Sembilan sekolah rendah menawarkan GEP: Sekolah Anglo-Chinese (Sekolah Rendah), Sekolah Tinggi Katolik, Sekolah Rendah Henry Park, Sekolah Rendah Nan Hua, Sekolah Rendah Nanyang, Sekolah Rendah Perempuan Raffles, Sekolah Rosyth, Sekolah Rendah St Hilda dan Sekolah Nan Tao.
Butiran lanjut mengenai pembaharuan GEP di peringkat sekolah rendah bakal dikongsi oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing kelak.
"Ini adalah satu perubahan ketara. Namun, ia juga konsisten dengan falsafah kami dalam pendidikan. Setiap kanak-kanak berbeza, mereka masuk sistem sekolah kita dengan keupayaan yang berbeza-beza. Kami menjaga semuanya. Tidak kira titik permulaan mereka, kami akan membantu semua untuk belajar, berkembang dan menyedari potensi penuh mereka," kata PM Wong.
Tambahnya, ia termasuk pelajar yang mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal lebih tinggi.
Beliau memberi jaminan bahawa mereka akan diberi sokongan untuk mendaki tangga kerjaya dan meraih gaji lebih tinggi.
Lebih banyak dana juga akan diperuntukkan bagi pendidikan kesenian pada peringkat lebih tinggi.
Pemerintah akan memadankan dana yang dikumpulkan oleh Universiti Keseniaan Singapura, selain subsidi bagi pelajar tempatan.
PM Wong mengingatkan pemerintah akan terus menegakkan piawai tinggi pendidikan sedang sistemnya melalui perubahan, dan mendakapi kepelbagaian serta menjadi lebih fleksibel.

Sumber : CNA/FZ/QA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.