NDR 2024: PM Wong iktiraf kemajuan ketara masyarakat Melayu/Islam, janji sokong usaha capai visi Masyarakat Gemilang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: MDDI
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berjanji akan menyokong usaha untuk membina sebuah masyarakat Melayu/Islam yang moden lagi progresif demi mencapai visi Masyarakat Gemilang.
PM Wong berkata demikian dalam ucapan pertama beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan yang dimulakan dengan ucapan dalam bahasa Melayu pada Ahad (18 Ogos).
PM Wong memulakan ucapannya itu dengan mengimbas semula masa lalu apabila beliau berbual dalam bahasa Melayu dengan rakan-rakannya berbangsa Melayu dari sekolah mereka.
Menurut PM Wong, beliau tidak berpeluang belajar Bahasa Melayu secara mendalam pada masa lalu tetapi kini tekun mempelajarinya.
Dalam ucapan selanjutnya, PM Wong berkata masyarakat Melayu Singapura terus membuat kemajuan ketara, seiringan dengan kemajuan negara ini.
Menurut beliau ramai anggota muda masyarakat Melayu sekarang, lebih berpendidikan dan berjaya dalam bidang masing-masing serta meneroka peluang perniagaan yang menarik.
PM Wong juga berkata golongan muda Melayu turut aktif berbakti kepada masyarakat dengan menyertai M3 dan badan-badan Melayu/Islam yang lain.
"Kita tahu kejayaan ada banyak definisi dan kita meraikan kesemuanya,"
Antara individu yang diraikan Encik Wong dalam ucapannya itu adalah Hafiz Kasman. Hafiz ialah pengasas bersama sebuah syarikat pemula teknologi pendidikan yang berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Seorang lagi ialah Dr Muhammad Nadjad - saintis di sebuah syarikat bioteknologi yang membangunkan kit ujian COVID pertama di Singapura. Dr Nadjad bakal membantu syarikatnya berkembang di Arab Saudi.
Beliau turut menarik perhatian kejayaan Nabillah Jalal, anak Melayu Singapura pertama belajar di Royal College of Music, London. Kini, Cik Nabillah membuka sebuah sekolah muzik dan menyediakan pendidikan seni kepada belia kurang bernasib baik.
Selain itu, Encik Wong turut mengetengahkan seorang lagi wanita, Guy Ghazali, yang merupakan Presiden Kanan wanita Mahkamah Syariah yang pertama. Kecemerlangan profesional serta usaha-usaha masyarakat yang beliau terajui, menurut Encik Wong, membawa kesan kepada bidang perundangan. Ini membuka jalan bagi pemimpin wanita generasi masa depan.
"Mereka semua suri teladan kepada masyarakat Melayu/Islam dan juga Singapura. Kita bangga dengan pencapaian cemerlang anak-anak muda ini. Syabas!" ujar Encik Wong.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.