NDR 2024: Persatuan Perniagaan sokong tambahan cuti ibu bapa namun tarik perhatian kepada cabaran operasi syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Persatuan-persatuan perniagaan menyuarakan sokongan kepada langkah pemerintah menambah cuti ibu bapa tetapi juga memberi amaran bahawa syarikat-syarikat mungkin berdepan beberapa cabaran operasi akibat perubahan tersebut.
Perdana Menteri Lawrence Wong dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (18 Ogos) mengumumkan bahawa mereka yang baru bergelar ibu bapa akan mendapat tambahan enam minggu cuti dikongsi dari 1 April 2025.
Bilangan cuti yang dikongsi akan dinaikkan kepada 10 minggu, setahun kemudian.
Mereka yang baru bergelar bapa pula akan mendapat empat minggu cuti paterniti yang ditanggung pemerintah, naik daripada cuti mandatori dua minggu buat masa ini.
Pendek kata, cuti ibu bapa yang ditanggung pemerintah itu secara keseluruhan akan meningkat daripada 20 minggu sekarang, kepada 30 minggu menjelang 1 Apr 2026.

Tempoh cuti ibu bapa yang lebih panjang bagaimanapun boleh menyebabkan para majikan berdepan beberapa isu, menurut Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), dan Persatuan Syarikat-Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME).
Bercakap kepada Mediacorp, SBF menegaskan bahawa langkah menambah Cuti Dikongsi Ibu Bapa (SPL) akan memerlukan syarikat-syarikat menguruskan pembahagian beban kerja, mendapatkan pekerja sementara, dan memastikan para kakitangan dapat kembali menyesuaikan diri di tempat kerja selepas mengambil cuti buat tempoh yang panjang.
Ini terutama sekali mencabar dalam sektor-sektor yang sangat bergantung kepada kemahiran khusus, di mana mencari pengganti sementara tidak selalunya mudah, jelas Naib Pengerusi SBF Mark Lee.
Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat mungkin berdepan kos tambahan kerana pekerja yang kembali bertugas memerlukan masa untuk mengambil alih semula tugasan yang dijalankan anggota kakitangan sementara, ataupun anggota kakitangan sementara mungkin mempunyai kontrak jangka pendek yang tidak semestinya tamat apabila pekerja kembali bertugas.
Mengambil kira situasi tenaga kerja terhad, perubahan ini akan terutama sekali memerlukan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana untuk beroperasi dengan bilangan kakitangan yang kecil, kata Pengarah Eksekutif SNEF Sim Gim Guan.
Berkongsi sentimen yang serupa, Encik Lee Tuck Wai, yang mempengerusikan kumpulan tindakan modal manusia, berkata bahawa langkah pemerintah menanggung kos cuti ibu bapa menunjukkan pihaknya sedia maklum kos perniagaan sudahpun tinggi, terutama sekali dalam keadaan ekonomi sekarang ini.
Namun, tambah Encik Lee, pelaksanaan skim baharu yang dijarakkan akan membantu SME melakar pelbagai strategi tenaga manusia yang lebih mampan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.