NDR 2024: Memperbaharui impian SG perlu perubahan besar dalam dasar dan sikap, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MDDI)
SINGAPURA: Impian Singapura yang diperbaharui, yang membolehkan rakyatnya untuk jadi lebih berani dan berkembang maju mengikut ketentuan mereka tersendiri.
Perdana Menteri Lawrence Wong membentangkan apa yang beliau sifatkan sebagai perubahan menyeluruh dari sudut dasar dan sikap, dalam ucapan pertama beliau di Rapat Umum Hari Kebangsaan sejak menyandang jawatan Perdana Menteri Mei lalu.
Acara berlangsung di ITE Kolej Tengah, pada Ahad (18 Ogos).
Antara perubahan utama termasuk skim sokongan bagi mereka yang diberhentikan kerja, cuti paterniti wajib selama empat minggu untuk bapa yang baru menimang cahaya mata, serta Program Pendidikan Bijak (GEP) yang diperbaharui di peringkat sekolah rendah.
"Saya mungkin Perdana Menteri tapi saya juga seorang rakyat dan rakan, yang berkongsi pengalaman dan keprihatinan yang sama dengan anda semua. Saya di sini untuk berkhidmat kepada anda dan negara kita. Saya berikrar untuk memberikan yang terbaik dalam usaha ini," kata PM Wong.
Pengisytiharan yang memberangsangkan, sedang PM Wong menggariskan bagaimana beliau akan memimpin negara dalam mencorak kisah Singapura yang seterusnya di tengah-tengah ketidaktentuan.
Persaingan semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China menjejas bukan sahaja hubungan antara kedua-dua adikuasa dunia itu, tetapi juga perdagangan dan keselamatan antarabangsa.
Sebagai sebuah negara kecil yang bergantung sepenuhnya kepada perdagangan dan persekitaran global yang stabil, PM Wong berkata Singapura tentu akan terjejas.
Cabaran-cabaran lain termasuk gangguan teknologi seperti cara Kecerdasan Buatan (AI) mengubah cara orang ramai bekerja dan berinteraksi antara satu sama lain.
Untuk mengharungi semua cabaran itu, PM Wong memberi jaminan, pasukannya akan mengambil iktibar daripada pemimpin-pemimpin pengasas negara.
"Kami akan berhati-hati, menghargai dan menghormati masa lalu, mempertahankan asas-asas yang bermanfaat dan kekal relevan untuk kita. Kami tidak akan membiarkan masa lalu menghalang keupayaan untuk membina masa depan kita. Kami akan mencari huraian baharu dan lebih baik, dan mencari cara terbaik untuk Singapura maju ke hadapan," katanya.
Itulah sebabnya PM Wong memulakan inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura, demi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan, juga untuk mendengar nilai-nilai dan harapan bersama rakyat Singapura.
Misalnya, ramai yang berkongsi harapan mengenai masyarakat yang lebih prihatin dan berhemah, di mana terdapat lebih banyak sokongan untuk bantu rakyat Singapura bangkit daripada rintangan.
Manakala ada yang mahukan lebih banyak ruang untuk meneroka laluan berbeza.
"Saya berkongsi semua harapan ini. Saya percaya kita sudah mencapai tahap di mana semuanya, yang muda dan yang tidak begitu muda, mahukan impian Singapura yang diperbaharui. Sebuah Singapura di mana kita prihatin dengan yang lain dan saling menyokong, di mana kita dapat berkembang maju mengikut ketentuan tersendiri - melalui cara yang kurang ditetapkan dan ditentukan, yang lebih mencabar dan terbuka.
"Merealisasikan cita-cita baharu perlukan pembaharuan besar dalam dasar-dasar kita, menyeluruh pastinya, tetapi sama penting, pembaharuan besar dalam sikap-sikap kita juga. Transformasi yang kita inginkan perlu tempoh beberapa tahun. Untuk mencapai matlamat kita bersama, saya perlukan bantuan anda, kerana mencapai pembaharuan berkekalan yang kita inginkan perlu perubahan minda untuk kita semua," tambah PM Wong.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.