NDR 2024: Keutamaan beli flat BTO diperluaskan kepada bujang yang tinggal bersama atau dekat ibu bapa mulai pertengahan 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mulai pertengahan 2025, golongan bujang dan ibu bapa mereka yang membeli flat baharu untuk tinggal bersama atau berdekatan satu sama lain akan mendapat akses keutamaan kepada unit perumahan awam Bina Ikut Tempahan (BTO).
Buata masa ini, hanya mereka yang sudah berkahwin dan ibu bapa mereka menikmati akses keutamaan ini, yang memudahkan keluarga untuk menjaga satu sama lain, kata Perdana Menteri Lawrence Wong di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad (18 Ogos).
"Saya rasa kita tidak sepatutnya menghadkan ini kepada anak yang sudah berumahtangga. Lagipun, ramai anak bujang juga mahu tinggal dekat dengan ibu bapa mereka yang sudah tua untuk menjaga mereka,” kata Encik Wong.
PM Wong berkata demikian dalam ucapan pertamanya di Rapat Umum Hari Kebangsaan sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada 15 Mei.
Pada masa ini, bujang yang mencari flat BTO hanya boleh membeli unit flexi dua bilik, dan hanya selepas mereka berumur 35 tahun.
Walaupun akur keprihatinan golongan bujang di Singapura terhadap perumahan, Encik Wong berkata: "Sukar bagi kami untuk membuat sebarang perubahan jangka pendek yang besar, kerana kami masih meningkatkan bekalan flat baharu untuk mengejar permintaan."
Namun, memperluaskan akses keutamaan kepada flat BTO kepada semua ibu bapa dan anak-anak mereka - berkahwin atau bujang - adalah satu langkah yang boleh dilakukan Kerajaan sekarang, katanya, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan disediakan oleh Kementerian Pembangunan Negara pada masa akan datang.
MASA TUNGGU LEBIH SINGKAT UNTUK FLAT BTO
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan kepada industri pembinaan, yang menyebabkan bekalan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) baharu menjadi perlahan, kata Encik Wong.
Namun begitu, tunggakan untuk semua projek BTO yang tertangguh akibat pandemik ini akan diselesaikan pada awal tahun depan, tambahnya.
Kementerian Pembangunan Negara sebelum ini komited untuk melancarkan 100,000 flat BTO dari 2021 hingga 2025.
Ia berada di landasan untuk berbuat demikian: Menjelang Disember, lebih daripada 80,000 unit akan siap. Kesemua 100,000 unit akan dihantar menjelang tahun depan, kata Encik Wong.
Masa menunggu untuk kebanyakan projek BTO kini sekitar empat tahun, tambah Encik Wong, tetapi Pemerintah berhasrat untuk memendekkan ini dengan "membangunkan lebih awal daripada permintaan".
"Dari masa ke masa, lebih banyak projek BTO akan mempunyai masa menunggu kurang daripada tiga tahun."
Semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023, Perdana Menteri ketika itu Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa projek perumahan awam akan diklasifikasikan secara berbeza mulai separuh kedua 2024.
Klasifikasi estet matang dan tidak matang akan ditamatkan secara berperingkat, dan projek perumahan awam baharu sebaliknya akan diklasifikasikan di bawah kategori Standard, Plus dan Prime.
Memberikan kemas kini mengenai perkara itu pada Ahad, Encik Wong berkata kumpulan pertama projek BTO di bawah rangka kerja baharu berkenaan akan dilancarkan pada Oktober tahun ini.
Penjualan Oktober itu akan merangkumi projek BTO di bandar-bandar seperti Sengkang, Bayshore, dan Kallang/Whampoa, tambahnya.
LEBIH BANYAK BANTUAN UNTUK ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH, WARGA EMAS
Dalam ucapannya, Encik Wong juga mengumumkan rancangan untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.
Buata masa ini, semua pemohon kali pertama untuk flat baharu boleh mendapatkan geran perumahan CPF yang dipertingkatkan sehingga S$80,000.
Pemerintah akan meningkatkan jumlah geran itu, terutamanya untuk isi rumah berpendapatan rendah, kata Encik Wong, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan dikongsi oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee tidak lama lagi.
Pada 2020, pihak berkuasa telah mengumumkan pelancaran apartmen penjagaan masyarakat di Bukit Batok untuk warga emas berumur 65 tahun dan ke atas.
Apartmen itu, bertujuan dijadikan konsep perumahan baharu yang mengintegrasikan perumahan mesra warga emas dengan penjagaan dan perkhidmatan sosial, dengan ciri dan perkhidmatan mesra warga emas seperti pemantauan kecemasan 24 jam.
Encik Wong berkata pada Ahad bahawa kunci bagi apartmen pertama, projek Harmony Village @ Bukit Batok, akan diserahkan kepada penduduk pada akhir tahun ini.
Pemerintah juga akan terus melancarkan lebih banyak projek sedemikian dengan berhati-hati.
“Sudah tentu ada warga emas yang memilih untuk tidak berpindah — mereka mahu menua di mana mereka tinggal sekarang.
Jadi kami juga sedang mengkaji cara untuk menambah baik rumah sedia ada kami, dan menjadikannya lebih mesra warga emas,” kata Encik Wong, sambil menambah bahawa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Negara “berusaha secara aktif” dalam hal ini.
NISBAH HARGA DENGAN PENDAPATAN
Encik Wong juga memberikan maklumat terkini tentang nisbah harga kepada pendapatan rumah Singapura, yang menjejaki bagaimana harga flat HDB bergerak berhubung dengan pendapatan.
Nisbah bagi harga median flat jualan semula HDB empat bilik selepas geran, berbanding median pendapatan isi rumah tahunan di Singapura, ialah 4.8 sedekad lalu pada 2014.
Ini bermakna harga flat jualan semula itu hampir lima kali ganda daripada pendapatan tahunan.
Walaupun ia turun ke bawah 4, nisbahnya meningkat sehingga 5 selepas pandemik, kata Encik Wong.
“Ia kini lebih baik sedikit. Tetapi ia masih lebih tinggi daripada tahun sebelum COVIDd-19. Malah ia kini sama seperti sedekad yang lalu."
Namun begitu, Encik Wong berkata bahawa nisbah harga rumah kepada pendapatan semasa Singapura adalah "jauh lebih rendah" daripada kebanyakan bandar utama di dunia, seperti di London, Sydney, dan Hong Kong.
“Tetapi masih ada yang perlu kami lakukan. Dan kami meneruskan usaha untuk menjadikan flat di sini lebih dalam kemampuan ramai.
“Kuncinya adalah untuk meningkatkan bekalan, yang telah kami lakukan dan akan terus lakukan.
“Ini adalah jaminan saya kepada semua anak muda Singapura: sebaik sahaja anda mula bekerja dan ingin berumahtangga, kami akan memastikan bahawa terdapat flat HDB yang berada dalam lingkungan bajet anda, di setiap kawasan.”

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.