NDR 2024: Geran perumahan lebih tinggi, skim cuti ibu bapa dipertingkat dapat kukuhkan lagi institusi keluarga
SINGAPURA: Cuti paterniti yang lebih lama dan skim baharu untuk membolehkan ibu bapa berkongsi cuti 10 minggu dianggap sebagai satu peluang untuk memberi kaum bapa ruang memainkan peranan lebih aktif dalam tahun pertama kelahiran anak-anak mereka.
Bagi Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), langkah baharu itu juga boleh bantu kaum wanita untuk merealisasikan aspirasi mereka.
"Bagi kami di PPIS, pengumuman ini sangat dialu-alukan kerana ia sejajar dengan usaha kami untuk menyokong wanita mencapai aspirasi. Kami juga harap lebih dari dasar dan pengumuman PM Wong, apa yang boleh dilakukan sama ada oleh majikan ataupun kaum bapa ataupun kaum Adam sendiri ialah sama-sama untuk menggalakkan untuk mendakap keluar, peluang untuk membina keluarga dan masa depan yang kita inginkan bersama," ujar Presiden PPIS, Hazlina Abdul Halim yang ditemui wartawan BERITA Mediacorp selepas acara NDR 2024 pada Ahad (18 Ogos).
"Apabila kita dapat mengurangkan tekanan
dalam keluarga itu, masalah-masalah juga dapat dibendung dan jika masalah-masalah itu dapat dibendung, insya-Allah keluarga itu tidak berdepan dengan banyak masalah dan ini dapat mengukuhkan institusi keluarga," kata Cik Guy.
Selain skim cuti ibu bapa yang dipertingkat, PM Wong juga berharap usaha menyediakan perumahan awam yang dimampui boleh bantu pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tangga dan miliki rumah sendiri.
Kata PM Wong, kesemua 100,0000 unit flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan siap tahun depan dan ini boleh menstabilkan pasaran hartanah.
Di samping itu, bantuan untuk golongan bujang dan geran perumahan lebih tinggi bagi pasangan berpendapatan rendah juga dialu-alukan untuk kukuhkan lagi sistem sokongan keluarga.
Dua anggota parlimen yang ditemui percaya usaha-usaha tersebut boleh bantu penduduk mereka, tidak kira sama ada yang sudah berkahwin atau belum.
Lebih banyak perincian tentang perumahan akan diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Negara kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.