Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NDR 2022: Kenaikan GST perlu bagi perbelanjaan jagaan kesihatan, sosial yang naik mendadak

Warga Singapura akan menerima sokongan kewangan yang mereka perlukan di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
NDR 2022: Kenaikan GST perlu bagi perbelanjaan jagaan kesihatan, sosial yang naik mendadak

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Aug 2022 08:47PM Dikemas Kini : 21 Aug 2022 08:47PM

SINGAPURA: Warga Singapura akan menerima sokongan kewangan yang mereka perlukan di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menegaskan keperluan untuk menyediakan lebih banyak subsidi perubatan bagi keluarga berpendapatan rendah dan warga tua.

Ini termasuk menyediakan lebih banyak subsidi perubatan untuk mengurangkan beban kos kepada warga lebih tua dan keluarga mereka.

Lebih banyak hospital, poliklinik dan kemudahan lain juga akan dibina supaya mereka boleh mendapatkan akses kepada khidmat perubatan. Semua ini kata PM Lee bermakna perbelanjaan jagaan kesihatan dan sosial akan naik dengan mendadak.

"Dengan tidak menaikkan GST adalah satu langkah tidak bertanggungjawab", tegas beliau semasa berucap dalam bahasa Mandarin di Rapat Umum Hari Kebangsaan.
 
Namun, beliau juga menekankan peri pentingnya pengurusan kewangan secara berhemat.

"Kami dapat mengatasi pandemik ini dengan lebih baik daripada orang lain kerana kami sentiasa menguruskan kewangan dengan berhemat dan mempunyai rizab yang mencukupi untuk membantu meringankan sebahagian daripada beban rakyat kami kata PM Lee dalam ucapannya dalam bahasa Mandarin di Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Tambah beliau: "Kita harus terus menabung untuk hari hujan, dan merancang untuk masa depan. Pandemik ini sangat mencabar bagi dunia sejak dua tahun lalu. Banyak negara terjejas teruk. Ekonomi mereka menjadi lembap, politik mereka dan masyarakat mereka telah menjadi sangat berpecah belah."

Menurut beliau meskipun keadaan tidak mudah bagi Singapura, kita telah mencapai lebih baik.

"Kita tidak panik; kita tidak patah semangat; kita tidak tersentak. Malah, kita menghadapi cabaran dengan tenang dan berjuang secara bersatu padu. 

"Kita tahu bahawa hanya dengan bekerja bersama boleh kita menangani krisis ini dan muncul lebih kuat daripadanya
Masyarakat kita kini lebih padu dan tabah setelah melalui ujian ketabahan ini," ujarnya.

Ini katanya telah memberikan kita keberanian dan keyakinan yang lebih besar untuk menghadapi krisis masa depan.

"Sama ada cabaran ekonomi, garis kesilapan dalam masyarakat kita sendiri atau cabaran keselamatan negara, saya percaya kita boleh mengatasinya.

"Pada Perbarisan Hari Kebangsaan, saya dapat merasakan semangat perpaduan yang mendalam dalam kalangan rakyat kita. Jika kita tetap bersatu dalam masa senang mahupun susah, titik merah kecil kita akan dapat terus menikmati keamanan dan kemakmuran, untuk generasi akan datang", tegas beliau.

Sumber : CNA/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa