Skip to main content

Singapura

NDP2026 akan diadakan di Stadium Negara buat pertama kali sejak 2016

Anggaran Waktu Membaca:
NDP2026 akan diadakan di Stadium Negara buat pertama kali sejak 2016

(Gambar: Aslam Shah)

Diterbitkan : 19 Aug 2025 07:50PM Dikemas Kini : 19 Aug 2025 08:02PM
SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada tahun hadapan akan diadakan di Stadium Negara, kata Menteri Pertahanan Chan Chun Sing pada Selasa (19 Ogos).

Berucap di majlis penghargaan NDP2025 di Kampus Surbana Jurong, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam acara NDP 2025 atas kerja keras mereka.

Beliau juga menyatakan inovasi, ketabahan dan perpaduan perlu untuk menjayakan perbarisan itu.

"Tahun depan, dengan semangat yang sama, kami akan lakukan sesuatu yang berlainan. Tahun depan, kami akan mengadakan NDP2026, SG61 di Hab Sukan Singapura.

"Kali terakhir kami berada di sana adalah hampir 10 tahun lalu, tetapi disebabkan oleh COVID-19, ia menjejas urutan kami.

"Tetapi tahun depan, kami akan mencuba sesuatu yang berlainan. Ia adalah lokasi yang baharu, dan kami akan mempunyai idea baharu, persembahan baharu," katanya.

Kali terakhir NDP diadakan di Stadium Negara adalah pada 2016.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia pada ketika itu, Edwin Tong berkata pada Ogos 2022 bahawa Pemerintah Singapura "tentu sekali terbuka' untuk mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan di Hab Sukan Singapura sekali lagi.

Sport Singapore mengambil alih pemilikan dan pengurusan Hab Sukan Singapura pada Disember 2022.
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita